BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zaqy umum pelantikan dua pegawai kanan wanita dalam kepimpinan MUIS

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Zaqy umum pelantikan dua pegawai kanan wanita dalam kepimpinan MUIS​

aq_digitalkicau_1.jpg

Cik Faizah Ahmad Barazy (kiri) dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MUIS sementara Cik Rafidah Suparman (kanan) dilantik sebagai Penolong Ketua Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad pada Selasa (4 Ogos) mengumumkan dua pelantikan baharu dalam kepimpinan kanan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Pengumuman itu dibuat dalam satu upacara Memperingati Hari Kebangsaan anjuran MUIS yang berlangsung di Hab Islam Singapura.

IKLAN

Cik Faizah Ahmad Barazy dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MUIS dan sudah mula bertugas pada Sabtu (1 Ogos).

Beliau akan menerajui kelompok Pendidikan, Sektor Satu Masjid (OMS), Pembangunan Halal dan Dana Masyarakat.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad mengumumkan dua pelantikan baharu dalam kepimpinan kanan MUIS pada 4 Ogos. (Gambar: Afiqah Hussain)
Sebelum menyertai MUIS, Cik Faizah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kanan di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat.

Beliau mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam penggubalan dasar, kerjasama dengan pihak berkepentingan serta penyelarasan antara agensi.

"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan para pegawai, pihak masjid, madrasah serta rakan-rakan masyarakat untuk meneruskan usaha yang telah dibina, memperkukuh institusi kita dan bersama-sama menghadapi peluang serta cabaran pada masa hadapan," ulas Cik Faizah mengenai pelantikannya.

"Dengan sokongan dan usaha semua pihak, saya yakin MUIS akan terus kekal sebagai sebuah institusi yang dipercayai, relevan dan responsif dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam Singapura yang sentiasa berkembang, hari ini dan untuk generasi akan datang," tambahnya.
Cik Rafidah Suparman. (Gambar: MUIS)
Turut diumumkan ialah pelantikan Cik Rafidah Suparman sebagai Penolong Ketua Eksekutif MUIS, berkuat kuasa 1 Oktober.

IKLAN

Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Pengurusan Risiko dan Jaminan di Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Dalam peranan baharunya pula, Cik Rafidah akan menyelia fungsi korporat MUIS, termasuk modal insan, kewangan, perolehan dan kawal selia, komunikasi strategik serta perkhidmatan IT dan digital demi menyokong usaha transformasi badan penguasa Islam itu.

Laporan lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register