BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Umum Pertukaran 26 Pegawai Kanan Termasuk Ketua Polis Perlis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PDRM Umum Pertukaran 26 Pegawai Kanan Termasuk Ketua Polis Perlis​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 26 pegawai kanan, melibatkan pelbagai jawatan di Bukit Aman dan kontinjen.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata antara pertukaran utama ialah Ketua Polis Perlis DCP Datuk Muhammad Abdul Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Beliau berkata Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman DCP Datuk Mohd Taufik Toh Abdullah pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dengan memangku pangkat CP.

“Pertukaran turut melibatkan Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Datuk Mohamad Farouk Eshak, yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik JSJ dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut diumumkan pelantikan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Sabah SAC Datuk Mohd Azhar Hamin sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat DCP.

Mohamad Noor berkata pertukaran turut melibatkan Penolong Pengarah E4A Cawangan Khas Bukit Aman SAC Roslan Alias yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Beliau berkata SAC Lim San Aik yang kini Ketua JSJ Sarawak, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, manakala Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kuala Lumpur ACP Kamaruzaman Md Alib, dilantik sebagai Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran juga melibatkan Pegawai Turus E6A2 Cawangan Khas Bukit Aman ACP Ooi Yueh Kooi yang dilantik sebagai Penolong Pengarah E7A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC, manakala ACP Urus Setia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang dengan memangku pangkat SAC.

“Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon II Cawangan Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ACP Mohd Taufik Maidin, dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak dengan memangku pangkat SAC.

 
Back
Top
Log in Register