BTC USD 83,926.0 Gold USD 4,291.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YB Syed Saddiq ada skandal?

betul tu, bersama2 kita utk tidak mengangkat pembuat maksiat dan penzina dari menjadi pemimpin agar menjadi pengajaran untuk bermuhasabah diri mengamalkan gaya hidup islam yg sebenar.. katakan tidak pada maksiat dan penzina..

ni aku tanya la.. bukan aku nak kata apa..

tp ada menteri PN pun terbabit dgn skandal moral.. nak buat mcmana?
 
Walau Tak Disebut Namanya, Syed Saddiq Wajib Tampil Jawab Dakwaan

Kira-kira tiga hari lalu muncul sebuah rakaman video yang kemudian bertebaran di media sosial berkenaan seorang wanita muda jelita meluahkan perasaan kecewa terhadap hubungannya dengan seseorang yang ternama.

Walaupun wanita itu tidak menyebut siapa lelaki yang dimaksudkannya, tetapi oleh kerana sebelum ini gambarnya berpelukan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih dulu tersebar luas, ramai pengguna media sosial tanpa berselindung mengaitkan beliau dengan wanita terbabit.

Tambahan lagi, jika diteliti intipati luahan hati wanita muda dalam video itu, tidaklah sukar untuk memahami bahawa apa yang diluahkannya adalah ditujukan kepada Syed Saddiq yang baru-baru ini membuat laporan polis berhubung kehilangan atau kekurangan wang kira-kira RM250 ribu daripada peti simpanan di rumahnya.

Sebaik laporan polis dibuatnya, blog ini ada menggesa agar SPRM menyiasat Syed Saddiq berhubung sumber serta kesahihan wangnya yang hilang itu.

Dilaporkan kemudian SPRM sudah pun membuka kertas siasatannya dan Syed Saddiq serta beberapa pihak yang lain juga difahamkan sudah diambil keterangan oleh agensi pencegah rasuah itu.

Sebelum itu, Syed Saddiq telah tampil menjelaskan wang tersebut adalah simpanannya untuk membaiki rumah yang baru dibelinya bersama keluarganya, sementara sebahagian daripada RM250 ribu itu adalah wang ayah dan ibunya.

Apabila tersebar video ini, saya sengaja lambat sikit untuk membuat ulasan kerana mengharapkan Syed Saddiq segera tampil memberi penjelasan berkenaan hubungannya dengan wanita muda jelita itu serta dakwaan yang dibuatnya.

Sebagai pemimpin muda yang selalu melaungkan slogan “Berani Kerana Benar”dan “Kekal Berprinsip” dalam perjuangannya selama ini, Syed Saddiq tidak harus berdiam diri saja dalam isu terbaru ini.

Beliau mesti berani tampil menjelaskan sejauh mana hubungannya dengan wanita muda jelita itu dan sama ada benar segala dakwaan yang dibuatnya sebagaimana terkandung dalam video itu.

Video tersebut di sini

Adalah dibimbangi jika Syed Saddiq terus berdiam diri, wanita muda jelita itu akan tampil lagi dengan rakaman video yang seterusnya beserta pelbagai dakwaan lain terhadap beliau.

Jika itu berlaku, sudah tentu nama dan imej Syed Saddiq akan lebih buruk di mata umum, lebih-lebih lagi beliau bakal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Armada Bersatu tidak lama lagi.

Pendeknya, berdiam diri dan membisu bukanlah pilihan yang wajar baginya.

Atau, kiranya Syed Saddiq lebih berani dan yakin dirinya di pihak yang benar serta segala dakwaan dalam video itu adalah palsu, apa kata beliau saman saja wanita muda jelita tersebut?Ayuh Syed Saddiq, inilah masanya untuk membuktikan “nothingtodide” yang selalu jadi sebutan sebelum ini bukan sekadar kata-kata yang sedap diungkapkan, tetapi juga mesti berani untuk dilaksanakan.

Shahbudin Husin

 
Haha dlu azmin kena ni Sadiq lak kena...Cara Sama Ada beza sikit je. . Azmin dlu video Sadiq gambar je da cukup.. mana2 yg cakap gambar Tu palsu buktikan...kalau X dapat buktikan hati2 anda sedang mempertahankan penzina..
 
nampak ke kejadian zina Tu?
X nampak tapi gambar Ada pengakuan video pun ada...kalau betul bukan dia buktikan la...at least kalau org nak tuduh dia berkhalwat, dah boleh dah Tu sbb gambar Ada...

Kalau xde gambar lain citer...kalau gambar xleh pakai Sadiq kena bukti Kan la yg dia kena game
 
Haha dlu azmin kena ni Sadiq lak kena...Cara Sama Ada beza sikit je. . Azmin dlu video Sadiq gambar je da cukup.. mana2 yg cakap gambar Tu palsu buktikan...kalau X dapat buktikan hati2 anda sedang mempertahankan penzina..
Dlm islam kena ada 4 org saksi, saksi pn ada syarat2. Time ni la nk guna hudud, kerajaang islang kangg.
 
Back
Top
Log in Register