BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yang di-Pertuan Agong Selamat Berangkat Pulang Ke Malaysia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
5b355d09ae257f7962e45db1984df55c694b7e29b02fc

Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan khas dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 9.20 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengelola Bijaya Diraja Johor Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Perbincangan Seri Paduka Baginda bersama Sheikh Mohamed telah meneroka pelbagai peluang kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan, pelaburan serta keterjaminan makanan.

 
Back
Top
Log in Register