BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berangkat Pulang Selepas Mengakhiri Lawatan Khas Di Moscow

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
f681cfa8c8af28c33c50927250a83d256a00a55d06bcf

c9609210553b7cd207841cd7c5e843316a00a552c70a5

fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas di Moscow, Rusia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 3.30 petang waktu tempatan Rusia, pada Ahad.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Moscow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan yang berlangsung semalam.

Undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register