BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berangkat Ke Moscow Atas Jemputan Khas Kerajaan Rusia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80
1ae6a6e92ba770f7ee31f9ddf22c010469fabbbc19348

1d089947e320cf252ef194432112f00d69fabc02a609b

71bc4dcaaddd94af1cf9ed5fc7aacd9469fabc1ca88f5

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada 8 pagi ini.

Jemputan khas daripada Presiden Rusia Vladimir V. Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

Berangkat sama ke Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Ibrahim ialah paduka anakanda Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad.

Hadir sama, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta pegawai kerajaan negeri.

 
Back
Top
Log in Register