BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke UAE Atas Jemputan Khas Presiden

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
13fe948217ee833b198969aaffac0e636948dc35728f1

b9ecd70806dffc53dc97add4dc7b6ac66948dc4931b04

c2884ccedf5fc58d8d672bcfa8934cdd6948dc5dc5078

Kredit: FB - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Dis ini.

Lawatan khas julung kali baginda ke UAE itu adalah atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas yang membawa baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini pada 9 pagi.

Turut hadir di Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Hadir sama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani serta Pengelola Bijaya Diraja Johor Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

 
Back
Top
Log in Register