BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yang Di-Pertuan Agong gering susulan kesakitan Musculoskeletal

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
376470-376470.jpg


YANG DI-PERTUAN AGONG GERING SUSULAN KESAKITAN MUSCULOSKELETAL

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul.


Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, kelmarin.

Selain majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim semalam, yang telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain.

Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih.


Kredit➡️ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
 
b3c1fa9b3e5e1c7fea9dc4731ea38656669b269fb5620

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi Baginda.

Istana Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara yang berlangsung kelmarin,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara turut memaklumkan majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam turut ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih,” menurut Istana Negara.

 
76072c22ec02c0d9a67205611d1567d169a1303df1a4d

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Mendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta terus sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut kenyataan Istana Negara, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi Seri Paduka Baginda.

Istana Negara turut memaklumkan Yang di-Pertuan Agong dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberikan ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

 
Back
Top
Log in Register