BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Akan Jalani Rawatan Susulan Kesakitan Musculoskeletal - Istana Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

Agong Akan Jalani Rawatan Susulan Kesakitan Musculoskeletal - Istana Negara​

bae019b470af8490223599bd338fd8886a6c0139b8cee

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) pada bahagian belakang serta pinggul, menurut Istana Negara.

Dalam kenyataan hari ini, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberikan ruang kepada proses pemulihan.

“Justeru, Seri Paduka Baginda tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, yang berlangsung hari ini (31 Julai),” menurut kenyataan itu.

Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan Negara 2026 berlangsung pagi ini, dan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

 
Back
Top
Log in Register