BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YADIM Rangka Modul Latihan Berstruktur Perkukuh Tadbir Urus NGO Islam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1475232146c4cc20e8e882c02c8485e369edf383712c4

Datuk Dr. Hasan Bahrom

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedang menyiapkan modul latihan berstruktur berkaitan pengurusan kewangan dan tatakelola bagi memperkukuh standard tadbir urus badan bukan kerajaan (NGO) Islam, susulan kebimbangan terhadap dakwaan salah urus serta penyelewengan dana zakat.

Yang Dipertua YADIM Datuk Dr Hasan Bahrom berkata inisiatif itu bertujuan meningkatkan integriti, menyelaras amalan terbaik dalam pengurusan dana serta memperkukuh ketelusan pelaksanaan program dalam kalangan NGO Islam.

Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan resolusi program libat urus pembangunan kapasiti NGO Islam sebelum ini yang menekankan latihan berkala berkaitan pengurusan dana awam serta pengukuhan budaya integriti melalui pensijilan badan berautoriti.

“YADIM memandang serius isu dakwaan salah urus serta penyelewengan dana zakat yang kini menjadi perhatian meluas masyarakat.

“Isu ini bukan sahaja menyentuh aspek perundangan, malah memberi implikasi besar terhadap tahap kepercayaan awam kepada institusi kebajikan dan gerakan dakwah di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasan berkata bagi meningkatkan akauntabiliti, YADIM menyeru semua NGO yang bernaung di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) melaksanakan audit tahunan oleh juruaudit bertauliah sebagai langkah memperkukuh ketelusan dan keyakinan awam.

Beliau berkata langkah itu turut selari dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan agar setiap NGO mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang kukuh bagi menjamin ketelusan pengurusan dan kewangan.

 
Back
Top
Log in Register