BTC USD 82,140.8 Gold USD 3,036.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

XOX Pemilik Baharu PERAK FC

ipinos

Active Member
Messages
1,646
Joined
Feb 10, 2014
Messages
1,646
Reaction score
43
Points
35
279438266_7299688926770216_4161433757870629214_n.jpeg

XOX PEMILIK BAHARU PERAK FC

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan XOX Berhad (XOX) telah diumum sebagai pemilik baharu Perak FC berkuatkuasa hari ini.

XOX telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perak FC mengenai pengambilalihan Kelab Bola Sepak dengan proses perundangan yang penuh dan wajar untuk dimuktamadkan.

Perkara itu disahkan oleh Unit Pelesenan Kelab MFL di mana XOX telah berjaya menyediakan semua dokumen seperti yang diminta oleh MFL pada hari ini yang juga merupakan tarikh akhir iaitu pada 29 April 2022.

Jelas MFL, pengurusan tertinggi XOX telah pun bertemu dan berbincang dengan ketua jurulatih dan pembantu jurulatih Perak FC serta dua pemain mengenai komitmen mereka selain turut membincangkan hala tuju pasukan dalam jangkamasa pendek dan panjang, isu gaji tertunggak dan juga rancangan selepas sekatan perpindahan ditarik balik.

Berita lanjut di: https://www.malaysianfootballleague.com/articles/xox-pemilik-baharu-perak-fc/
Info lanjut tentang XOX: http://xox.onexoxonlinestore.com
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register