BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wta: Mencari kerja ( urgent )

Assalamualaikum,

Di pendekkan citer aku baru saja bercerai,ibu tunggal anak sorg. jadi aku sebelum ni fulltime housewife.. so skrg tgh tak da kerja. Aku ada sorg anak yg baru nak masuk setahun. Mintak sgt bantuan kpd sesiapa yg boleh bantu atau ada yg memang ada vacancies kat tempat kerja. Mintak rekemen kan.. sedang mencari area KL. EASY ACCESS TO PUBLIC TRANSPORT (LRT)

Aku ada diploma in investment analysis. Pernah kerja dgn PNB subs sbg trainee investment executive cum analyst selama 6 bulan. Pengalaman 4 tahun sbg financial data analyst cum data entry analyst.
Prefer dlm admin, banking, finance, customer service atau apa shaja yg rsa fit dgn qualification aku. Kalau boleh nak kerja yg gaji ada medical, bonus, dn yg pntg blh buat ot..

Harap ada yg sudi membantu aku yg tengah terdesak ni..

Contact number 019-4697828

Terima kasih..
Dengan pengalaman macam tu, carik keja kat kelly services memang peluang tinggi..
 
sabarlah tt..insyaAllah ada hikmahnya..Allah lebih tahu tentang keperluan hambanya..
 
saya leh tolong tapi minat tak buat marketing internet marketing atau offline marketing

promosi.jpg


bab marketing asal sale power memang 4 angka dalam tangan nak atau tak nak

kalau tak minat takpe saja sharing
 
doakan TT yg baik2 aja...aaminnnn
 
semoga tabah tt..KL ni biasa banyak je keje..
aku ni pon xde keje..xleh nk menolong...
 
JADILAH SUAMI YANG BAIK...DAN ISTERI YANG BAIK...

Isteri mengharap suami menjaga diri dan maruah perkahwinan ketika mencari rezeki. Suami pula mengharap isteri menjaga diri dan maruah perkahwinan ketika di rumah atau kepergian . Kalau kedua2nya setia menjaganya , bahagialah perjalanan perkahwinan mereka. Kalau salah seorang gagal menjaganya , terseksalah perjalanan perkahwinan mengenangkannya. Kalau kedua2nya gagal menjaganya, pincanglah segalanya....

Manusia tidak lepas dari kesilapan dan dosa , manusia diajar sentiasa memohon keampunan. Hanya cuma perlu diingatkan ' Buat baiklah berpada2 tapi jangan buat jahat walau sekali .... kerana walau seribu kebaikan yang kita pernah buat, tapi andai diselami hanya satu kejahatan, ia mampu untuk menutup segala kebaikan dek kerana BISA LUKA KERANANYA....

Jadilah suami yang baik...jadilah isteri yang baik.

Sentiasalah bermaafan walau siapa salahnya kerana kemaafan itu perbuatan yang mulia. Sukar mengakui kesalahan bukan dapat memuliakan diri tapi sebaliknya hanya mendidik diri lebih sombong kepada MAHA PENCIPTA . Mudahkanlah memohon maaf dan memberi maaf kerana ia sebahagian dari tanda HATI YANG BERSIH...

Kita menyerah, kita buat baik bukan kita rugi tapi kita hanya mencari redha-NYA , kita hanya mencari kemenangan untuk bekalan ke 'sana' nanti..

Andai LUKA bertakhta di hati, ingati ALLAH dan pohonlah pada-NYA agar diberi kekuatan untuk dapat berbakti dalam kewajipan dalam secubit kasih yang ada..Mudah2an ganjaran dari ALLAH tetap ada selagi ada ketaatan terhadapNYA .Insya ALLAH.

Wallahualam..

Semoga kita semua mendapat kebahagiaan dan pengajaran dari alam perkahwinan . Semoga kita tabah dalam mengharungi ujian2 di dalamnya . Semoga kita semua di jalan2 yang diredhaiNYA.. Aamin

p.s Jangan risau, Allah kan ada...
 
Kesianlah kat baby Danial:( he's so adorable...:(
 
Assalam,

I know i have no rights to interfere masalah rumahtangga siapa2 demi Allah tidak sekali. Insha Allah ini akan dijadikan iktibar untukku yang hina lagi dhiof ini. Memang jodoh semua atas ketentuan Illahi, akan tetapi...

Terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11.

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”

Berkenalan di forum membawa ke alam perkahwinan, Alhamdullilah. Disusuli pula dengan kehadiran cahaya mata Alhamdullilah. Lihat betapa indahnya pemberian Allah swt.

Life is no easy yes mmg benar... konflik rumahtangga tu biasalah tapi janganlah akhiri dgn penceraian, that is not a solution:(

Wahai Adam, tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakan Hawa dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa???

Maka LURUSkanlah dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar ia menjadi pelengkap separuh agama mu...

Berbaiklah... demi anak... dahulukan Allah Insha Allah everything will be alright (based on experience)

Carilah hikmah dari sepenggal dari ayat di atas...
 
Back
Top
Log in Register