TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Sejenis malware terbaru untuk Android telah ditemui, dengan sasaran terhadap aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Facebook Messenger yang bertujuan untuk mengumpul maklumat dalam peranti mangsa.
Malware dengan julukan nama WolfRAT itu dikenal pasti baru² ini membuat sasaran kepada pengguna di Thailand. Ia disyaki dikendalikan oleh Wolf Research, sebuah organisasi pengintipan berpengkalan di Jerman yang membangun dan menjual perisian hasad berasaskan pengintipan kepada kerajaan².
Sebaik dimuat turun, WolfRAT akan membuat penyamaran sebagai aplikasi sebenar, seperti aplikasi di Google Play, atau kemas kini Flash, dengan menggunakan ikon dan pakej namanya.
Sebagai contoh, malware tersebut menggunakan nama pakej (com.google.services) untuk menyamar menjadi aplikasi Google Play.
Sekiranya pengguna menekan ikon aplikasi, mereka hanya akan melihat maklumat umum aplikasi Google yang telah disuntik oleh pencipta malware tersebut.
Para pengkaji sekuriti mengatakan bahawa sekurang-kurangnya terdapat empat jenis WolfRAT yang telah dilepaskan, menunjukkan ia sedang berada dalam pembangunan yang aktif.
Ia mempunyai beberapa kebolehan, termasuk membuat rakaman skrin ketika WhatsApp sedang digunakan.
Para penyelidik mempercayai malware ini masih aktif dan digunakan sejak pertengahan Jun tahun lepas hingga ke hari ini.
#OMGHNews #AndroidMalware
#WolfRAT
OMG Hackers