BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani 'Scammer'

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
WhatsApp kini memperkenalkan ciri keselamatan baharu bagi melindungi pengguna daripada taktik penipuan dalam kumpulan sembang (group chat). Bermula hari ini, jika individu yang tiada dalam senarai kenalan menambah ke dalam kumpulan sembang, WhatsApp akan memaparkan satu tinjauan keselamatan sebelum sebarang mesej dapat dilihat. Ia akan menunjukkan maklumat penting tentang kumpulan tersebut bersama tips keselamatan. Pengguna boleh memilih untuk keluar tanpa perlu membuka atau membaca sebarang mesej.
1754483740100.png

Namun, sekiranya kumpulan itu kelihatan dikenali selepas melihat tinjauan keselamatan, pengguna boleh memilih untuk melihat perbualan untuk mendapatkan lebih konteks. Sepanjang tempoh ini, notifikasi daripada kumpulan berkenaan akan dibisukan (silenced) sehingga pengguna memilih untuk kekal.
1754483758393.png

Selain itu, WhatsApp juga sedang menguji kaedah baharu bagi menangani penipuan yang melibatkan individu tidak dikenali menghubungi mangsa melalui platform lain sebelum mengajak beralih ke WhatsApp. WhatsApp sedang mencuba pendekatan yang menggalakkan pengguna supaya membuat pertimbangan sebelum memulakan perbualan dengan nombor yang tidak dikenali. Ciri ini turut memaparkan maklumat tambahan tentang individu yang bakal dihubungi, bagi membantu pengguna membuat keputusan yang lebih berhati-hati.​
 
Back
Top
Log in Register