BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Di Kemaskini Dengan Ciri Baharu Termasuk Peringatan Panggilan Terlepas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
WhatsApp memperkenalkan beberapa ciri baharu yang menjadikan aplikasi lebih mudah digunakan. Kemaskini kali ini bukan sahaja hadir dengan fungsi mesej panggilan terlepas malah turut menambah pelekat status yang menyeronokkan, di samping beberapa lagi ciri lain yang memudahkan pengguna berhubung dengan kenalan. Mesej panggilan terlepas (Missed call messages) membolehkan pengguna merakam audio atau video sekiranya panggilan tidak dijawab, sekali gus menjadikan mel suara tradisional tidak lagi relevan. Dalam sembang suara pula, pengguna kini boleh memberikan reaksi secara langsung (Reactions in voice chats) tanpa mengganggu perbualan. Manakala pada panggilan video, individu yang sedang bercakap akan diutamakan secara automatik (Group call speaker spotlight) untuk memudahkan semua peserta mengikuti perbincangan dengan lebih jelas dan teratur.
1766064113211.png

Di samping itu, tab media baharu pada versi desktop (New media tab on desktop) memudahkan pengguna mencari dokumen, pautan dan media merentasi perbualan dalam satu ruang yang lebih tersusun, manakala pratonton pautan (Cleaner link previews) pula ditambah baik agar lebih ringkas serta tidak mengganggu aliran perbualan. Status turut menerima penambahan pelekat baharu (New stickers on Status) termasuk lirik lagu, soalan yang boleh dijawab oleh rakan serta pelekat menarik yang boleh digunakan untuk berinteraksi, sekali gus menjadikan pengalaman menggunakan WhatsApp lebih menyeronokkan. Bagi Channels, WhatsApp memperkenalkan fungsi soalan (Questions on Channels) yang membolehkan pentadbir (admin) berhubung dengan audiens secara lebih berkesan dan menerima maklum balas secara masa nyata. Kesemua penambahbaikan ini menjadikan pengalaman menggunakan WhatsApp lebih mesra pengguna.

Sumber asal https://blog.whatsapp.com/new-feature-roundup-missed-call-messages-new-status-stickers-and-more
 
Back
Top
Log in Register