BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Telegram Di Kemaskini Dengan Beberapa Ciri Baharu Termasuk ‘Public Post Search’

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Telegram dikemaskini dengan beberapa ciri baharu bagi meningkatkan pengalaman penggunaan secara menyeluruh. Antara penambahbaikan diberi termasuk sokongan Public Posts Search, fungsi album untuk mengumpul cerita (stories) dalam satu paparan, penyusunan semula hadiah ke dalam koleksi tersendiri yang lebih teratur, serta sistem pengurusan bot melalui aplikasi mini baharu. Telegram memperkenalkan ciri Public Post Search yang membolehkan pengguna menapis kandungan daripada saluran terbuka melalui tab Posts yang baru ditambah. Buat masa ini, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna Telegram Premium bagi menyediakan akses lebih mudah kepada kandungan umum dari pelbagai sumber.
1754063235237.png

Telegram turut memperkenalkan ciri Story Albums yang membolehkan pengguna menyusun stories ke dalam album melalui tab Posts di profil masing-masing. Ia memudahkan penyusunan kandungan seperti imej atau maklumat produk secara lebih teratur lantas meningkatkan pengalaman navigasi dalam aplikasi. Fungsi Gift Collections turut ditambahbaik dengan pengguna boleh menyusun semula hadiah digital ke dalam koleksi tersendiri melalui tab Gifts. Hadiah boleh dikategorikan mengikut tema atau ciri-ciri khusus, dan satu hadiah boleh dimasukkan ke dalam pelbagai koleksi serentak.
1754063246149.png

Pada masa yang sama, Telegram memperkenalkan sistem penarafan baharu pada profil pengguna berdasarkan transaksi yang berjaya dilakukan menggunakan Telegram Stars. Penarafan ini memberikan gambaran umum tahap keterlibatan pengguna dalam Telegram termasuk aktiviti seperti mesej berbayar. Telegram turut menawarkan aplikasi mini baharu melalui @BotFather yang direka bagi memudahkan pengurusan bot secara menyeluruh. Melaluinya, pembangun boleh mengubah ikon, penerangan serta pelbagai tetapan dengan lebih efisien. Aplikasi mini ini juga menyokong paparan skrin penuh, pengurusan langganan serta integrasi data lokasi.

Sumber asal https://telegram.org/blog/post-search-story-albums-and-more
 
Back
Top
Log in Register