BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Membangunkan Ciri Soalan Dalam Status

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Whatsapp kini membangunkan ciri soalan yang boleh ditambah terus ke dalam status. Ia menyerupai ciri pelekat soalan di Instagram Stories yang juga membolehkan pengguna mengumpul maklum balas daripada pengikut mereka secara langsung. Dengan memperkenalkan ciri yang sama, WhatsApp dilihat menambah satu lagi cara berinteraksi yang mesra dan menarik di aplikasinya.

WS-status-A-edited.webp


Cara penggunaan juga mudah dengan pengguna boleh menaip satu soalan terbuka dalam status mereka. Setiap status hanya dibenarkan memuatnaik satu soalan. Bermakna, mereka perlu membuat beberapa kemaskini status berasingan sekiranya mahu bertanya lebih daripada satu soalan. Apabila status dikongsi, rakan atau kenalan terpilih boleh menjawab terus dalam antaramuka status tersebut. Kemudian, semua jawapan akan dikumpul dalam satu ruangan khas yang hanya boleh diakses oleh pencipta sahaja. Mereka boleh melihat kandungan setiap jawapan dan nama pengirim.

Jawapan yang dikongsi semula ke status baharu tidak akan mendedahkan identiti penghantar. Hanya teks jawapan sahaja akan dipaparkan bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk berkongsi pandangan dengan selamat. Ciri ini masih dalam pembangunan dan akan tersedia dalam kemaskini akan datang.​
 
Back
Top
Log in Register