BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WhatsApp Membangunkan Ciri Username Key Untuk Kawalan Mesej Lebih Peribadi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
WhatsApp membangunkan ciri baharu dikenali sebagai Username Key sebagai penjenamaan semula kepada Username PIN yang diumumkan sebelum ini dengan pendekatan lebih jelas dari segi fungsi dan kawalan mesej peribadi. Username Key boleh bantu mengurangkan lambakan mesej tidak diingini dengan menyediakan kawalan tambahan terhadap siapa yang boleh menghubungi pengguna melalui nama pengguna. Pengguna turut boleh menetapkan kod unik yang perlu dimasukkan oleh individu pertama kali yang ingin menghantar mesej melalui saluran ini.
1754036771600.png

Ciri ini berkonsep pilihan yang bermakna ia tidak diaktifkan secara automatik. Ia sesuai untuk pengguna yang ingin mengehadkan perbualan kepada kenalan yang dipercayai sahaja. Selain itu, WhatsApp turut merancang untuk memaparkan pemberitahuan di bahagian atas tab Chat bagi pengguna yang telah menetapkan nama pengguna tetapi belum mengaktifkan Username Key sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang perlindungan tambahan ini. Dengan penjenamaan semula ini, WhatsApp menekankan bahawa Username Key bukan ciri keselamatan akaun sebaliknya berfungsi sebagai kawalan akses perbualan. Buat masa ini, ia masih dalam fasa pembangunan dan dijangka diperkenalkan melalui kemas kini akan datang.

Sumber asal https://wabetainfo.com/whatsapp-beta-for-android-2-25-22-9-whats-new/
 
Back
Top
Log in Register