BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi 'Live Photo' Dalam Format Asal

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna iOS berkongsi 'Live Photo' dalam format asalnya. Buat pengetahuan, Live Photo adalah format unik yang menggabungkan gambar statik dengan klip video pendek yang dirakam sebelum dan selepas butang kamera ditekan. Sehingga kini, apabila pengguna berkongsi Live Photo di WhatsApp, ia hanya dihantar sebagai gambar statik tanpa sebarang pergerakan atau bunyi. Walaupun boleh dihantar sebagai GIF, kualitinya terhad, pergerakannya tidak lancar serta tiada bunyi. Ia menjadikan pengalaman perkongsian kurang 'authentic' berbanding cara Live Photo berfungsi dalam ekosistem iOS.
1757333686279.png

Apabila pengguna Android menerima Live Photo, ia akan dipaparkan sebagai 'motion photo' pada peranti. Sementara itu, pengguna iOS yang menerima motion photo daripada Android pula akan melihatnya sebagai Live Photo. Seperti biasa, ciri ini bersifat pilihan, dan pengguna masih mempunyai kawalan penuh terhadap perkongsian. Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada pengguna terpilih, termasuk penguji beta dan sebilangan kecil pengguna WhatsApp versi stabil. Dijangkakan lebih ramai pengguna akan menerima ciri ini secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.​
 
Back
Top
Log in Register