BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Pautan Pada Profil

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Dilaporkan sejak Februari lalu, WhatsApp kini mula memberikan akses kepada pengguna untuk menambah pautan pada profil. Menerusi kemas kini terbaru, pengguna WhatsApp bagi kedua-dua versi iOS dan Android sudah boleh menambah pautan Instagram di bahagian tetapan profil. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu ke bahagian profil, klik pada "Add Links" di ruangan pautan dan kemudian masukkan nama pengguna Instagram masing-masing.
add-link-whatsapp_1.jpg

add-link-whatsapp_2.jpg


Setelah ditambah, pautan tersebut akan dipaparkan bersama maklumat lain seperti nama, nombor telefon serta bahagian "About" pengguna. Ciri ini adalah pilihan, dan pengguna boleh memilih untuk tidak menambah sebarang pautan atau memadamkannya pada bila-bila masa. Sementara itu, kenalan yang telah menerima ciri ini juga boleh melihat pautan tersebut menerusi profil anda. Namun, jika ciri ini belum lagi tersedia, pautan mungkin tidak akan dipaparkan kepada mereka.

add-link-whatsapp_3.jpg


Walaupun sebahagian pengguna telah mula menerima akses, perlu diketahui bahawa WhatsApp belum melancarkan ciri ini secara rasmi. Apa maknanya? Ciri ini boleh sahaja dialih keluar, dilancarkan secara rasmi dengan akses lebih meluas kepada pengguna global, atau ditambah baik dengan sokongan platform media sosial lain seperti Facebook dan Threads.​
 
Back
Top
Log in Register