BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

Cara Baiki Masalah “This PC Can’t Run Windows 11”

Antara keperluan minimum untuk menjalankan Windows 11 adalah komputer mesti dilengkapi Trusted Platform Module (TPM) 2.0 dan kebolehan UEFI Secure Boot. Jika komputer anda masih menunjukkan mesej “This PC Can’t Run Windows 11” selepas menjalankan PC Health Check, mungkin kedua-dua ciri tersebut tidak dihidupkan.

Pertama sekali anda perlu membuka menu konfigurasi UEFI (dulu dikenali sebagai BIOS) dengan menekan butang (F1/F2/DEL) ketika komputer dihidupkan. Kemudian anda perlu mencari tab "Security" di Setup Utility. Selepas itu pastikan bahagian "TPM" dihidupkan atau Enabled.

tpm_enabled.jpg

Seterusnya, pergi ke tab "Boot" dan pastikan bahagian "Secure Boot" juga dihidupkan atau Enabled.

secure_boot_enabled.jpg

Akhir sekali pastikan anda tekan "Save and Exit" sebelum keluar dari konfigurasi UEFI. Selepas komputer mula semula (restart), jalankan PC Health Check sekali lagi. Jika masih tidak melepasi pemeriksaan keserasian, besar kemungkinan komputer anda tidak memenuhi keperluan minimum lain untuk naik taraf Windows 11.
 
Last edited:
Pengguna Windows 11 Boleh Pasang Sendiri Aplikasi Android Secara Sideloading

Ciri paling menarik pada Windows 11 pastinya ialah sokongan menjalankan aplikasi Android terus dari sebuah komputer. Tetapi menerusi kerjasama Amazon Appstore, bilangan aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi gedung aplikasi rasmi adalah terhad pada peringkat awal. Ramai pastinya risau aplikasi yang ingin digunakan tidak ditawarkan.

Tetapi menurut ciapan seorang jurutera di Microsoft, pengguna akan dibenarkan melakukan pemasangan aplikasi di luar gedung aplikasi secara sideloading. Tidak diketahui sama ada ia semudah memuat turun APK pada sebuah peranti Android. Malahan Microsoft sendiri belum berkongsi sepenuhnya bagaimana penggunaan aplikasi Android 11 akan dilakukan melainkan ia menerusi teknologi Intel Bridge.

Walaupun dimiliki Intel, teknologi ini akan turut diberikan kepada peranti Windows 11 yang menggunakan cip AMD dan ARM dalam masa terdekat. Ia juga akhirnya merealisasikan impian pengguna Windows Phone yang dahulunya meminta sokongan aplikasi Android yang lebih baik. Biar lambat asalkan dapat.

Sumber asal https://www.androidpolice.com/2021/...indows-11-will-let-you-sideload-android-apps/
 
Cara Baiki Masalah “This PC Can’t Run Windows 11”

Antara keperluan minimum untuk menjalankan Windows 11 adalah komputer mesti dilengkapi Trusted Platform Module (TPM) 2.0 dan kebolehan UEFI Secure Boot. Jika komputer anda masih menunjukkan mesej “This PC Can’t Run Windows 11” selepas menjalankan PC Health Check, mungkin kedua-dua ciri tersebut tidak dihidupkan.

Pertama sekali anda perlu membuka menu konfigurasi UEFI (dulu dikenali sebagai BIOS) dengan menekan butang (F1/F2/DEL) ketika komputer dihidupkan. Kemudian anda perlu mencari tab "Security" di Setup Utility. Selepas itu pastikan bahagian "TPM" dihidupkan atau Enabled.

tpm_enabled.jpg

Seterusnya, pergi ke tab "Boot" dan pastikan bahagian "Secure Boot" juga dihidupkan atau Enabled.

secure_boot_enabled.jpg

Akhir sekali pastikan anda tekan "Save and Exit" sebelum keluar dari konfigurasi UEFI. Selepas komputer mula semula (restart), jalankan PC Health Check sekali lagi. Jika masih tidak melepasi pemeriksaan keserasian, besar kemungkinan komputer anda tidak memenuhi keperluan minimum lain untuk naik taraf Windows 11.
.kalau Processor tak support Win11 mcm mana tuan? kene beli pc baru la ye
 
ya betul, walaupun spec tinggi tapi tiada fungsi TPM2.0 (mungkinxboleh install Windows 11), apapun boleh cuba ENABLE SECURE BOOT kat BIOS / UEFI tu dan cuba dengan pautan PC Health Check di atas, tengok apa popup yang dia bagi tau ..

:)
 
adeh..
dulu2 bole la overclock
skrg OS makin lama makin tebal..perlukan processor lebih power
 
spec tinggi pun rasa kalau x lepas TPM tu memang susah .. kita mungkin boleh tunggu Windows 11 Lite Editiion
oooo..kalau pc2 baru sepatutnya option TPM tu dah mmg ada .built in chip

TPM ni more utk security..betul tak tuan
 
Cara Baiki Masalah “This PC Can’t Run Windows 11”

Antara keperluan minimum untuk menjalankan Windows 11 adalah komputer mesti dilengkapi Trusted Platform Module (TPM) 2.0 dan kebolehan UEFI Secure Boot. Jika komputer anda masih menunjukkan mesej “This PC Can’t Run Windows 11” selepas menjalankan PC Health Check, mungkin kedua-dua ciri tersebut tidak dihidupkan.

Pertama sekali anda perlu membuka menu konfigurasi UEFI (dulu dikenali sebagai BIOS) dengan menekan butang (F1/F2/DEL) ketika komputer dihidupkan. Kemudian anda perlu mencari tab "Security" di Setup Utility. Selepas itu pastikan bahagian "TPM" dihidupkan atau Enabled.

tpm_enabled.jpg

Seterusnya, pergi ke tab "Boot" dan pastikan bahagian "Secure Boot" juga dihidupkan atau Enabled.

secure_boot_enabled.jpg

Akhir sekali pastikan anda tekan "Save and Exit" sebelum keluar dari konfigurasi UEFI. Selepas komputer mula semula (restart), jalankan PC Health Check sekali lagi. Jika masih tidak melepasi pemeriksaan keserasian, besar kemungkinan komputer anda tidak memenuhi keperluan minimum lain untuk naik taraf Windows 11.

Boot, tekan F1, dia minta pass.
Masuk pass, error.
Ada mcm default pass ke?

(Account login saya off password)
 
Boot, tekan F1, dia minta pass.
Masuk pass, error.
Ada mcm default pass ke?

(Account login saya off password)

PC second hand ke? atau ada sesiapa pengguna kedua? .. secara standard BIOS / CMOS tiada password, jika ada .. mesti sesiapa create .. nak reset, tengok at motherboard JP1 sebelah bateri CR2032 ..

nak reset .. cabut cateri tu keluar .. kalau JP1 standard ia duduk posisi 1-2, tukar pada posisi 2-3 .. tunggu beberapa saat, tukar balik pada posisi 1-2 .. ON komputer .. dah reset
 
Back
Top
Log in Register