BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

PC second hand ke? atau ada sesiapa pengguna kedua? .. secara standard BIOS / CMOS tiada password, jika ada .. mesti sesiapa create .. nak reset, tengok at motherboard JP1 sebelah bateri CR2032 ..

nak reset .. cabut cateri tu keluar .. kalau JP1 standard ia duduk posisi 1-2, tukar pada posisi 2-3 .. tunggu beberapa saat, tukar balik pada posisi 1-2 .. ON komputer .. dah reset
Aah second.
Hm xpe la. Macam susah. Tunggu baru jela.
 
Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 & Sokong Windows 11

Microsoft telah pun mengumumkan generasi terbaru sistem operasi komputer mereka iaitu Windows 11. Microsoft juga turut menyenaraikan keperluan minimum yang diperlukan sesebuah komputer bagi menjalankan sistem Windows 11. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat kekeliruan tentang keperluan komputer yang mesti dilengkapi dengan ciri Trusted Platform Module (TPM) 2.0.
1624757133477.png

1624757409536.png

Trusted Platform Module (TPM) 2.0.

Secara ringkasnya, Trusted Platform Module (TPM) 2.0 adalah cip keselamatan yang tersedia ada di atas papan litar utama (motherboard) sesebuah komputer. Atau TPM 2.0 juga dimasukkan secara berasingan ke dalam cip pemprosesan utama (CPU).

Microsoft menjelaskan, TPM 2.0 adalah ciri keselamatan tambahan yang dipertingkatkan bagi melindungi komputer pengguna. Ia membantu melindungi pelbagai data sensitif penggunanya daripada serangan penggodam. "TPM purpose is to help protect encryption keys, user credentials, and other sensitive data behind a hardware barrier so that malware and attackers can’t access or tamper with that data." Microsoft. Jadi, jenama-jenama komputer yang mengeluarkan pelbagai model komputer terbaru sepatutnya telah tersedia dilengkapi dengan cip TPM 2.0 di dalamnya. Antaranya adalah seperti komputer dari Acer, Asus, Dell, HP, Lenovo, Panasonic dan banyak lagi.

ASUS

Asus telah memaklumkan bahawa semua model komputer mereka yang menyokong Windows 10 akan turut menyokong Windows 11. Antaranya termasuklah barisan model ASUS Zenbook, Zenbook Pro, ProArt Studiobook, Vivobook, ROG Zephyrus/Strix/TUF, Zen AiO, ASUS VivoAiO, Mini PC, ExpertBook dan banyak lagi. Untuk melihat senarai penuh model-model komputer ASUS yang akan menerima Windows 11, anda boleh ke laman rasmi ASUS.com.

Dell

Dell juga telah menyenaraikan model-model komputer mereka yang akan menyokong Windows 11. Antara yang disenaraikan termasuklah model dari Alienware Area-51, Alienware Aurora, Dell G7,G5/G3, Inspiron, XPS, Vostro, Latitude, Precision dan OptiPlex. Untuk senarai penuh, anda boleh ke lamn rasmi sokongan Dell.com.

HP

Pengeluar komputer peribadi terkemuka, HP Inc. juga turut mengumumkan barisan model komputer mereka yang menyokong Windows 11. Antaranya adalah model HP Spectre, HP ENVY, HP Pavilion, OMEN, Victus, HP Elite dan HP Pro serta HP ZBook Studio. Kesimpulannya, mana-mana model komputer terbaru dari sebarang jenama akan menyokong Windows 11.

Di laman rasmi Microsoft, mereka menyenaraikan sebanyak 10 jenama komputer untuk anda menyemak status sama ada model-model komputer dari jenama tersebut menyokong Windows 11 ataupun tidak.

Tetapi sekiranya anda masih ragu-ragu dan untuk memudahkan anda, anda bolehlah memasang aplikasi PC Health Check app ke dalam komputer anda bagi mengimbas dan menyemak adakah perkakasan komputer anda itu memenuhi keperluan minimum yang membolehkan ia menjalankan sistem Windows 11 atau pun tidak.
Screenshot-2021-06-25-at-01.44.22.jpg
 
Microsoft Tidak Akan Sertakan Skype Pada Windows 11

Skype
merupakan aplikasi panggilan video dan komunikasi yang telah diambil-alih oleh Microsoft pada 2011 yang lepas, dan sejak daripada itu, ia telah diintegrasikan dan ditawarkan bersama sistem operasi Windows, selain menggantikan Windows Live Messenger.

Namun, sejak tahun lepas, Microsoft dilihat lebih memfokuskan kepada Microsoft Teams. Berbeza dengan Skype, Teams menawarkan lebih banyak ciri moden dan diperlukan ketika era pembelajaran dan bekerja dari rumah. Selari dengannya, Microsoft juga telah mengumumkan integrasi Microsoft Teams terus ke Windows 11 untuk akses dengan lebih mudah.

Microsoft-Teams-Windows-11-950x535.jpg

Pada masa yang sama, Microsoft kini mengesahkan yang mana Skype tidak akan hadir diintegrasikan bersama Windows 11 seperti sistem operasi Windows sebelum ini. Apa pun, pengguna masih boleh memuat-turun dan memasangnya pada komputer masing-masing.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih aktif menggunakan Skype? Atau telah beralih ke perkhidmatan lain?
 
Peranti Windows 10 Akan Mula Menerima Kemaskini Windows 11 Bermula 2022

Microsoft sedia memperkenalkan Windows 11 sebelum ini, dan mengatakan ia bakal ditawarkan bermula penghujung tahun ini. Terbaru, mereka melalui perkongsian sosial, turut berkongsi lanjut berkaitan dengannya.

Melalui perkongsian pihak Microsoft, Windows 11 akan dipasarkan bersama-sama sejumlah komputer baharu bermula penghujung tahun ini. Ini bermakna, anda boleh membeli komputer baru dengan Windows 11 terbina daripada sejumlah pengeluar di pasaran, dan menikmati sistem operasi terbaru berkenaan.

Untuk pengguna peranti Windows 10 sedia ada anda hanya akan mula menerima kemaskini berkenaan bermula 2022 kelak. Kemaskini akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua sepanjang pertengahan pertama 2022 kelak.

Ini bermakna, kebanyakkan pengguna Windows 10 hari ini, hanya akan menerima kemaskini tersebut secara percuma bermula 2022 kelak. Apa pun, bagi anda yang ingin mencubanya lebih awal, Microsoft turut menyediakan program Windows Insider untuk menguji versi pembangunan lebih awal berbanding yang lain.

 
Perisian Ini Beri Lebih Info Berkaitan Sokongan Windows 11 Untuk Komputer Anda

Microsoft
sebelum ini sedia menawarkan perisian PC Health Check yang membolehkan pengguna mengetahui sama ada komputer anda menyokong Windows11 atau sebalikya. Apa pun, info yang diberikan kepada pengguna tidak begitu menyeluruh, dan tidak diketahui apakah spesifikasi yang tidak disokong pada komputer berkenaan.

Untuk mengatasinya, dan memudahkan pengguna lebih memahami sokongan untuk komputer mereka, kini pembangun bebas hadir dengan sebuah perisian khas, dinamakan WhyNotWin11.

WhyNotWin11.jpg.webp

Menggunakan perisian ini, apabila anda menjalankannya, ia akan mengimbas sokongan perkakasan, dan memberitahu apa yang disokong dan apa yang tidak. Dengan ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna mengetahui apakah sebab utama komputer anda tidak disokong untuk naik-taraf Windows 11.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri perisian WhyNotWin11 pada komputer anda, dan mengetahui apakah kekurangan komputer anda untuk naik-taraf Windows 11.
 
Senarai Siri CPU Yang Boleh Di Guna Untuk Pasang Windows 11 Kelak

Microsoft baru-baru ini telah mengeluarkan spesifikasi asas untuk membolehkan orang ramai mengetahui apa yang diperlukan untuk menggerakkan sistem operasi terbaru mereka, Windows 11 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Terkini, Microsoft telah mengeluarkan senarai rasmi untuk siri-siri CPU yang disahkan akan boleh disokong untuk pemasangan sistem operasi itu kelak, dan senarai ini mungkin akan mengejutkan anda sedikit.

Menurut senarai Microsoft sendiri, jenama CPU yang boleh memasang sistem operasi ini termasuklah AMD, Intel dan juga Qualcomm. Walaupun begitu, tidak semua CPU-CPU jenama-jenama ini boleh digunakan dan Microsoft telah mengesahkan senarai model tersebut dalam sebuah laman web.

Bermula dengan AMD, Microsoft mengatakan bahawa untuk jenama tersebut, CPU yang boleh digunakan untuk memasang sistem operasi ini ialah siri CPU AMD Ryzen 3000 keatas, manakala untuk Intel pula ialah siri CPU Intel generasi ke-8 dan keatas.

Untuk cip pemprosesan Qualcomm pula, Microsoft mengatakan bahawa model cip pemprosesan yang disokong termasuklah Snapdragon 850, Qualcomm 7c, 8c, 8cx, dan Microsoft SQ1 dan SQ2 yang dibangunkan dengan kerjasama dengan Qualcomm.

Menariknya, siri CPU Intel generasi ketujuh juga turut hadir dengan modul TPM tetapi tidak dimasukkan kedalam senarai CPU yang boleh memasang sistem operasi ini, yang agak menghairankan. Walaubagaimanapun, dengan senarai CPU ini, kita akhirnya dapat lihat apakah spesifikasi khusus yang diperlukan secara fizikal untuk menggerakkan sistem operasi baru tersebut.

Jika anda ingin mengetahui senarai penuh CPU-CPU yang disokong untuk memasang sistem operasi ini, anda boleh ke laman web Microsoft di sini.
 
Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Sokong Sistem Operasi Windows 11

Windows 11 secara rasminya telah pun diumumkan oleh Microsoft bulan lalu. Cuma untuk menjalankan sistem operasi terbaru ini, Microsoft telah menaikkan spesifikasi minimum yang diperlukan oleh sesebuah komputer. Antaranya adalah seperti keperluan Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0, cip pemprosesan 64 bit, 4GB RAM dan akaun Microsoft berserta dengan sambungan internet.

Khusus untuk cip pemprosesan, Microsoft ada menyenaraikan jenis cip pemprosesan yang menyokong sistem operasi Windows 11. Jadi di sini disenaraikan cip pemprosesan yang menyokong sistem Windows 11:-

Intel

  • Intel Atom
  • Intel Celeron
  • Intel Pentium
  • Intel Xeon
  • Intel Core 8th Gen
  • Intel Core 9th Gen
  • Intel Core 10th Gen (Comet Lake)
  • Intel Core 10th Gen (Ice Lake)
  • Intel Core 11th Gen (Rocket Lake)
  • Intel Core 11th Gen (Tiger Lake)

AMD

  • AMD Ryzen 2000
  • AMD Ryzen 3000
  • AMD Ryzen 4000
  • AMD Ryzen 5000
  • AMD Athlon
  • AMD EPYC 2nd Gen
  • AMD EPYC 3rd Gen
  • AMD Ryzen Threadripper 2000
  • AMD Ryzen Threadripper 3000
  • AMD Ryzen Threadripper PRO 3000

Untuk senarai penuh cip pemprosesan yang menyokong Windows 11, sila layari laman muka Windows Processor Requirements

Sumberasal
Microsoft
 
Senarai Papan Litar ASRock Yang Tersedia Sokong Windows 11

Pengeluar perkakasan komputer ternama dari Taiwan, ASRock telha menyenaraikan model papan litar utama (motherboard) mereka yang tersedia menyokong sistem operasi terbaru komputer iaitu Windows 11.

Dengan motherboard ASRock, ciri TPM 2.0 yang menjadi salah satu syarat bagi menjalankan Windows 11 boleh sahaja ditetapkan menerusi firmware TPM (fTPM) BIOS terbina pada papan litar tersebut. Berikut adalah senarai siri motherboard ASRock yang menggunakan cip pemprosesan Intel dan AMD yang tersedia menyokong Windows 11;

Screenshot-2021-07-07-at-01.08.08.jpg


Screenshot-2021-07-07-at-01.08.59.jpg


Berikut pula adalah cara mengaktifkan TPM 2.0 pada BIOS motherboard ASRock Intel dan AMD

162-1.jpg


162-2.jpg
Kapsyen: Untuk BIOS motherboard ASRock AMD pula, pastikan konfigurasi AMD fTPM switch ditetapkan kepada AMD CPU fTPM.

Sumber asal ASRock
 
Senarai Papan Litar BIOSTAR Yang Tersedia Sokong Windows 11

Tidak lama selepas Microsoft mengumumkan sistem operasi terbaru Windows 11 kepada umum, Syarikat pengeluar perkakasan komputer BIOSTAR telah menyenaraikan model-model papan litar komputer (motherboard) mereka yang tersedia menyokong sistem operasi tersebut. Berikut adalah senarai papan litar BIOSTAR dengan cip pemprosesan Intel dan AMD yang menyokong Windows 11;

Intel Series
  • Z590 series
  • B560 series
  • B460 series
  • H510 series
  • B250 series
  • J4105NHU

AMD Series
  • A520 series
  • B550 series
  • X570 series
  • B450 series
  • X470 series
  • X370 series
  • B350 series
  • A320 series
Seperti semua sedia maklum, Microsoft telah menaikkan keperluan minimum yang diperlukan oleh komputer bagi menjalakan Windows 11. Antaranya adalah perlunya ada ciri Secure Boot, Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0 dan akaun Microsoft.

Bagi memudahkan anda menyemak sama ada komputer yang digunakan sekarang ini boleh menjalankan sistem Windws 11 ataupun tidak, anda bolehlah memasang aplikasi PC Health Check app ke dalam komputer tersebut dan gunakannya bagi mengimbas dan menyemak adakah perkakasan komputer anda itu memenuhi keperluan minimum yang diperlukan.

Sumber asal Wccftech
 
Back
Top
Log in Register