BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 11

Windows 10 pertama kali dilancarkan secara global adalah pada 2015 dan kini, penggantinya bakal ditawarkan kepada anda. Hadir dengan nama Windows 11, berikut merupakan 11 perkara yang telah diumumkan oleh Microsoft sewaktu acara pengenalan sistem operasi terbaru mereka ini.

1. Rekaan ikon baru​

Perkara paling awal kita akan lihat adalah rekaan serba baharu. Microsoft kata Windows 11 direka bentuk supaya lebih ringkas dan mampu tingkatkan produktiviti serta kreativiti anda.

Wondows-11-Start.jpeg

Dari sekecil-kecil butang Start, taskbar, ikon, font dan bunyian dihasilkan supaya anda boleh lakukan tugasan pada komputer dalam keadaan tenang. Senang cakap tema warna pilihan kini Microsoft lebih sedap dipandang.

Windows-11-Accessibility-Screen.jpeg

Bahagian Start juga diletakkan ditengah-tengah dan tidak lagi mata anda bersusah payah 'membelok' kekiri seperti sekarang ini. Recent file akan lebih mudah untuk ditemui dimana Windows 11 akan memaparkan fail atau tugasan yang anda buka sebelumnya. Tidak kiralah platform mana yang anda buka, sama ada dari Android mahupun iOS.

Windows-11-Start-Dark.jpeg

2. Snap Layout, Snap Group, Desktop​

Anda mungkin sudah biasa menekan butang pintasan "⊞' dan anak panah kiri atau kanan untuk buka dua tetingkap secara bersebelahan. Atau dengan cara lebih renyah, saizkan semula setiap tetingkap dan susun bersebelahan.

Windows-11-Snap-Screen-800x533-1.jpeg

Sekarang lebih mudah, dan lebih banyak lagi susun atur yang boleh dibuat. Ciri ini dipanggil sebagai Snap Layout, Snap Group dan Desktops. Anda boleh susun sehingga 4 tetingkap, ikut kesesuaian saiz skrin paparan.

Windows-11-Snap-Desktop-Screen-800x533-1.jpeg

Selain itu boleh juga cipta Desktop berlainan ikut gaya penggunaan komputer anda. Mungkin satu boleh letak untuk hal-hal kerja, satu lagi untuk permainan video.

3. Microsoft Teams dibawa masuk terus ke Windows 11​

Sejak Covid-19 melanda, Teams adalah salah satu platform yang popular digunakan bukan sahaja kita, malah satu dunia. Dari mesyuarat harian, tazkirah mingguan, 'beraya' bersama keluarga dan banyak lagi sudah kita lakukan dengan Teams.

Windows-11-Chat-Integration-Screen-800x533-1.jpeg

Oleh sebab itu, Microsoft mahu mudahkan lagi dengan meletakkan Chat dari Microsoft Teams di bahagian Taskbar. Anda boleh terus berkomunikasi dengan pengguna lain sama ada menerusi teks, panggilan suara mahupun video tanpa sebarang kepayahan.

Windows-11-Hello-Login-Screen-800x533-1.jpeg

Kalau kenalan anda tidak mempunyai aplikasi Teams, ia boleh disambungkan secara SMS dua hala.

4. Permainan lebih baik​

"If you’re a gamer, Windows 11 is made for you", kata Microsoft. Antara penambahan untuk bahagian permainan adalah DirectX 12 bagi memberikan grafik yang lebih mendalam pada kadar bingkai lebih tinggi.

Windows-11-Gaming-Laptop-Device-Render-800x533-1.jpeg

DirectStorage pula mengurangkan masa memuat permainan sementara Auto HDR mampu tawarkan visual yang luas serta cantik warnanya.

Windows-11-Xbox-Game-Pass-Screen-800x533-1.jpeg

Microsoft turut menyatakan dengan Xbox Game Pass untuk PC dan Ultimate, anda disediakan akses kepada lebih 100 permainan komputer berkualiti tinggi.

5. Berita lebih cepat​

Zaman sekarang semua perkara mahu cepat, dan Microsoft faham mengenai perkara ini. Pengguna boleh terus mendapatkan berita dengan lebih pantas menerusi suapan (feed) yang dikuasakan oleh kecerdasan pintar serta pelayar Edge.

Windows-11-Widgets-Screen.jpeg

Apabila suapan itu keluar, ia diibaratkan seperti 'kepingan kaca' supaya apa yang sedang anda lakukan pada paparan tidak terganggu. Anda boleh mengubahsuai Widget yang disediakan supaya padan dengan gaya penggunaan komputer seharian.

6. Microsoft Store yang baru​

Kita sentiasa dinasihatkan untuk tidak memuat turun perisian sebarangan dari internet. Jadinya, untuk tambah baik Microsoft Store sedia ada, mereka menambah lagi bilangan aplikasi untuk ditawarkan kepada pengguna.

Store-Image-1-800x533-1.jpeg

Tidak cukup dengan itu, Microsoft turut menjadikan setiap aplikasi mudah untuk dicari. Antara aplikasi yang biasa dicari dan digunakan adalah seperti Microsoft Teams, Visual Studio, Disney+, Adobe Creative Cloud, Zoom dan Canva.

7. Sokongan kepada aplikasi Android​

Sebagai sistem operasi komputer paling popular didunia, Microsoft tahu cara untuk tambah baik sistem operasi terbaru mereka. Dengan itu, mereka membawa sokongan aplikasi dari sistem operasi mudah alih paling popular didunia iaitu Android.

Store-Image-2-800x533-1.jpeg

Aplikasi Android yang tersedia di Amazon App Store boleh dimuat turun secara terus ke Windows 11 melalui Windows Store. Sewaktu acara pelancaran, Microsoft menunjukkan betapa mudahnya merakam serta kongsikan video pada aplikasi TikTok.

Store-Image-4-800x533-1.jpeg

Ciri ini merupakan hasil kerjasama antara Microsoft, bersama-sama Amazon serta Intel menerusi teknologi Intel Bridge.

8. Buka peluang kepada pembangun​

'Tak makan sorang', Microsoft kini membuka peluang kepada pembangun dan pencipta diluar sana untuk menjana pendapatan. Apa sahaja perisian atau aplikasi yang dibangunkan sama ada Win32, PWA, mahupun UWA, Microsoft mahu ia dikongsikan kepada lebih ramai orang.

Polisi baru turut diperkenalkan dimana Microsoft tidak akan mengambil satu sen pun dari hasil jualan aplikasi pembangun luar pada platform Windows Store. Pembangun bakal menerima 100 peratus hasil jualan aplikasi mereka dan pastinya ini mampu mengembangkan lagi ekosistem sedia ada, dimana lebih ramai berminat untuk membangunkan aplikasi untuk Windows 11.

9. Naik taraf kepada Windows 11 adalah percuma​

Semua tahu dari Windows 7 dan 8, pengguna ditawarkan naik taraf kepada Windows 10 secara percuma. Itupun masih ada lagi yang berdegil mahu kekal dengan sistem operasi lama.

Windows-11-Generic-Laptop-Device-Render-800x533-1.jpeg

Langkah sama turut dilakukan pada Windows 11 dimana ia boleh dinaik taraf secara percuma oleh pengguna Windows 10. Cuma anda perlu pastikan komputer sedia ada mampu menjalankan sistem operasi baharu ini sahaja.

10. Spesifikasi komputer untuk jalankan Windows 11​

Windows-11-PC-Devices-800x533-1.jpeg

Sebelum anda ghairah untuk menerima Windows 11, pastikan dahulu komputer anda larat untuk menjalankannya. Antara spesifikasi asas yang telah ditetapkan adalah sekurang-kurangnya...


  • Pemproses 1GHz atau lebih pantas,
  • RAM 4GB,
  • 64GB storan,
  • UEFI, Secure Boot,
  • TPM versi 2.0
  • kad grafik yang sesuai dengan DirectX 12
  • paparan 720p
Boleh juga semak dengan cara muat turun aplikasi PC Health Check untuk tahu adakah komputer anda menepati spesifikasi asas Windows 11. - PC Health Check

11. Tarikh anda akan dapat kemaskini naik taraf​

Sebelum anda menyingsing lengan baju dan berlari menekan butang kuasa untuk menghidupkan komputer, perlu diketahui bahawa Windows 11 belum ditawarkan lagi kepada umum.

Windows-11-Generic-Laptop-Device-Render-800x533-2.jpeg

Ia hanya akan tersedia sekitar penghujung tahun ini, mungkin akhir November. Tetapi sebelum versi stabil keluar, ia akan berada pada fasa percubaan dan boleh didapati menerusi Windows Insider seawal minggu hadapan. Tidak dinyatakan secara terperinci tarikhnya tetapi mungkin pada 28 Jun 2021 berdasarkan ciapan @zacbowden.

Sebagai tambahan, Windows 11 dijanjikan prestasi lebih baik penggunaannya pada komputer dan juga tablet. Dari segi ciri sentuhan, ruang antara ikon pada taskbar, pergerakan tetingkap semuanya dititik beratkan oleh Microsoft.

Ciri haptik juga disediakan untuk pengguna pen bagi pengalaman penggunaan lebih menarik lagi. Bagi anda pembaca cari.gold, adakah anda berpuas hati dengan Windows 11 atau masih ada lagi kekurangannya dimata anda? Boleh kongsikan pendapat diruangan komen.
 
Windows 11 Di Lancarkan, Reka Bentuk Antaramuka Lebih Segar, Pelbagai Ciri Menarik

Screenshot-2021-06-24-at-23.17.43.jpg


Microsoft akhirnya telah melancarkan versi terbaru sistem operasi komputer Windows 11 kepada umum hari ini. Microsoft menegaskan, Windows 11 sebagai sistem komputer yang paling selamat pernah mereka hasilkan, jauh lebih pantas, efisyen dan jimat tenaga. Microsoft menyatakan Windows 11 memberikan lebih ketenangan ketika penggguna menggunakannya.

Screenshot-2021-06-24-at-23.20.35.jpg

Menjadikan Windows 11 lebih menarik, Microsoft memperkenalkan beberapa ciri baru yang belum ada paa mana-man versi Windows sebelum ini. Antaranya adalah ciri "Snap Layouts" yang memberikan lebih ruang kepada anda menjalankan pelbagai tugas serentak.

Screenshot-2021-06-24-at-23.24.56.jpg

Windows 11 juga kini lebih mesra dengan pelbagai aplikasi pihak ketiga. Microsoft menyatakan Windows 11 menjadikan sebarang aplikasi laman sesawang lebih pantas dan stabil.

Screenshot-2021-06-24-at-23.53.42.jpg

Kapsyen: Peminat permainan video dan komputer pasti teruja dengan aplikasi baru Xbox di Windows 11 serta ciri Auto HDR.
Microsoft juga memaklumkan yang mereka telah menambah baik sistem kemas kini Windows dengan menjadikan saiz kemas kini Windows 11 40% lebih kecil.
Screenshot-2021-06-25-at-00.02.23.jpg

Selain itu, Microswoft juga memaklumkan bahawa aplikasi Android turut akan hadir di platfom Windows 11. Jadi, apliaksi-aplikasi ppopular sepeti TikTok dan lain-lain akan ditawarkan juga di Windows 11. Walaubagaimanapun, Microsoft tidak menyatakan bilakah Windows 11 akan ditawarkan kepada semua penggunanya buat masa ini.
 
1624595018618.png


Developer Preview Downloads
File Name : 21996.1.210529-1541.co_release_CLIENT_CONSUMER_x64FRE_en-us.iso
Size : 4874.553 MB

https://ia801503.us.archive.org/25/...-1541.co_release_CLIENT_CONSUMER_x64FRE_en-us (1).iso
https://partages.wiki-tech.io/files/ISO/MICROSOFT/WINDOWS 11/Windows-11_BETA-06-21_x64_en-us.iso
 
Spesifikasi Asas & Keperluan Lain Menjalankan Sistem Windows 11

Windows 11 telah pun diumumkan secara rasmi oleh Microsoft hari ini. Semestinya ramai yang sudah tak sabar nak mendapat sistem operasi terbaru ini. Tetapi ada baiknya anda semak dahulu spesifikasi yang diperlukan komputer anda bagi menjalankan sistem Windows 11. Berikut adalah keperluan minimum yang diperlukan bagi menjalankan Windows 11 seperti yang dinyatakan Microsoft;

win-11-spec-2.jpg

Berikut pula adalah keperluan tambahan lain yang diperlukan bagi anda menggunakan ciri-ciri utama Windows 11 seperti yang dinyatakan Microsoft;
  • 5G support requires 5G capable modem.
  • Auto HDR requires an HDR monitor.
  • Bit Locker to Go requires a USB flash drive (available in Windows Pro and above editions).
  • Client Hyper-V requires a processor with second level address translation (SLAT) capabilities (available in Windows Pro and above editions).
  • Cortana requires a microphone and speaker and is currently available on Windows 11 for Australia, Brazil, Canada, China, France, Germany, India, Italy, Japan, Mexico, Spain, United Kingdom, and United States.
  • DirectStorage requires 1 TB or greater NVMe SSD to store and run games that uses the "Standard NVM Express Controller" driver and a DirectX 12 Ultimate GPU.
  • DirectX 12 Ultimate is available with supported games and graphics chips.
  • Presence requires sensor that can detect human distance from device or intent to interact with device.
  • Intelligent Video Conferencing requires video camera, microphone, and speaker (audio output).
  • Multiple Voice Assistant (MVA) requires a microphone and speaker.
  • Snap three-column layouts require a screen that is 1920 effective pixels or greater in width.
  • Mute/Unmute from Taskbar requires video camera, microphone, and speaker (audio output). App must be compatible with feature to enable global mute/unmute.
  • Spatial Sound requires supporting hardware and software.
  • Teams requires video camera, microphone, and speaker (audio output).
  • Touch requires a screen or monitor that supports multi-touch.
  • Two-factor Authentication requires use of PIN, biometric (fingerprint reader or illuminated infrared camera), or a phone with Wi-Fi or Bluetooth capabilities.
  • Voice Typing requires a PC with a microphone.
  • Wake on Voice requires Modern Standby power model and microphone.
  • Wi-Fi 6E requires new WLAN IHV hardware and driver and a Wi-Fi 6E capable AP/router.
  • Windows Hello requires a camera configured for near infrared (IR) imaging or fingerprint reader for biometric authentication. Devices without biometric sensors can use Windows Hello with a PIN or portable Microsoft compatible security key.
  • Windows Projection requires a display adapter which supports Windows Display Driver Model (WDDM) 2.0 and a Wi-Fi adapter that supports Wi-Fi Direct.
  • Xbox (app) requires an Xbox Live account, which is not available in all regions. See Xbox Live Countries and Regions for the most up-to-date information on availability. Some features in the Xbox app will require an active Xbox Game Pass subscription. Learn more about the pass.
Melihat kepada apa yang dinyatakan Microsoft, mungkin terdapat perkakasan komputer anda yang perlu dinaik taraf bagi menggunakan semua ciri-ciri tersebut. Microsoft tidak menyatakan setakat ini bilakah Windows 11 akan ditawarkan kepada semua pengguna. Jadi anda adalah masa untuk mendapatkan perkakasan terbaru atau membeli model komputer terbaru yang siap didatangkan dengan sistem Windows 11 nanti.
 
Naik taraf Ke Windows 11 Adalah Percuma Bagi Pengguna Windows 10

Sebagai sistem operasi komputer yang paling popular didunia, sudah pasti pembangun mahu menyediakan yang terbaik untuk pengguna. Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan Windows 11, perlu ingat bahawa hari ini ia hanya diumumkan sahaja, belum lagi fasa untuk dilepaskan kepada umum.

Sepertimana Windows 10 percuma dinaik taraf oleh pengguna Windows 7 dan Windows 8, sistem operasi terbaharu ini juga bakal menggunakan mekanisme penawaran yang sama.

Namun begitu, tawaran naik taraf percuma kepada Windows 11 hanyalah untuk pengguna Windows 10 sedia ada. Apa yang diperlukan untuk kemaskini kepada Windows 11? Cuma pastikan spesifikasi perkakasan anda menepati syarat yang telah ditetapkan.

Antaranya adalah CPU 64 bit, RAM 4GB dan storan 64GB. Sebelum anda bergegas ke meja untuk menghidupkan komputer dan mencari naik taraf sistem operasi, perlu diketahui bahawa Microsoft hanya mengumumkan Windows 11 secara rasmi sahaja. Ia belum lagi ditawarkan kepada umum.

1624595984820.png
 
Microsoft Bawa Aplikasi Android Ke Windows

Hari ini telah berlangsungnya acara pelancaran rasmi sistem operasi terbaharu Microsoft, Windows 11. Tampil berwajah baru, Windows 11 turut dimuatkan dengan pelbagai ciri menarik. Antara penambahan baru yang menarik adalah sokongan aplikasi Android secara terus didalam Windows 11. Pengguna boleh integrasikannya pada Start, taskbar, ciri susun atur sistem operasi yang baru dan lain-lain.

Menurut Microsoft, mereka menggunakan aplikasi Android yang tersedia dari Amazon App Store, seterusnya boleh dimuat turun melalui Windows Store. Keupayaan ini merupakan hasil dari teknologi Intel Bridge, jelas Microsoft. Dengan adanya sokongan ini, Microsoft mahu memudah serta memberi kelancaran kepada pengguna dari segi penggunaan telefon pintar dan komputer.

1624596272599.png
 
Adakah Komputer Anda Sokong Windows 11? Jom Semak Sekarang!

Microsoft
hari ini telah pun memperkenalkan Windows 11 secara rasminya – sekaligus berkongsi sejumlah ciri yang akan dibawakan, termasuk spesifikasi untuk menggunakannya.

Windows 11

Seperti ramai sedia maklum, Windows 11 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 10. Spesifikasi minima yang diperlukan mungkin agak teknikal untuk ramai pengguna, dan untuk memudahkan proses menyemak, Microsoft menyediakan perisian dinamakan PC Health Check. Bagi anda yang menggunakan komputer Windows 10, boleh memuat-turun perisian ini daripada Microsoft hari ini, dan seterusnya memasang ia pada komputer anda. Selesai memasangya, cuma jalankan perisian berkenaan, dan ia akan memaparkan spesifikasi komputer anda.

PC-Health-Check-950x534.jpg.webp

Pada tetingkap berkenaan, tap pada banner “Check Now”, dan ia seterusnya akan memaparkan sama ada komputer anda menyokongya atau tidak.

Windows-11-PC-Health-Check-950x534.jpg.webp

Jadi, dari semakan anda, adakah komputer anda menyokongnya?
 
Surface adalah komputer yang dikeluarkan oleh Microsoft sendiri – menawarkan rekaan yang menarik, dan mempunyai peminatnya tersendiri. Apa pun, dengan pengenalan Windows 11, kini Microsoft mengesahkan tidak semua Surface di pasaran yang akan menikmati naik-taraf ke Windows 11.

Windows 11

Melalui PCWorld, Microsoft mengesahkan hanya sebahagian daripada Surface yang telah dipasarkan akan menreima kemaskini Windows 11. Tiada sebab yang diberikan oleh Microsoft berkenaan hal ini.

Daripada 25 peranti Surface yang telah dikeluarkan, hanya sekitar 13 versi sahaja yang akan menerima Windows 11. Secara kasar, peranti Surface sebelum 2017, ia mungkin tidak menerima kemaskini Windows 11. Surface yang akan menerima naik-taraf percuma ke Windows 11 adalah termasuk;
  • Surface Book 3
  • Surface Book 2: Hanya model menggunakan cip Intel Gen-8
  • Surface Go 2
  • Surface Laptop 4 13.5-inci
  • Surface Laptop 4 15-inci
  • Surface Laptop 3 13.5-inci
  • Surface Laptop 3 15-inci
  • Surface Laptop 2
  • Surface Laptop Go
  • Surface Pro 7+
  • Surface Pro 7
  • Surface Pro 6
  • Surface Pro X
 
Tidak Semua Aplikasi Android Dapat Di Guna Pada Windows 11

Microsoft
kini telah pun memperkenalkan Windows 11 secara rasminya, dan pada masa yang sama turut mengumumkan sokongan untuk aplikasi Android. Perkara ini dijayakan oleh Microsoft melalui kerjasama dengan Amazon, dan pengguna boleh memasang aplikasi menggunakan Amazon AppStore pada Windows 11.

Apa pun, untuk makluman, tidak semua aplikasi Android yang akan boleh digunakan dengan lancar pada sistem operasi Windows 11 ini. Untuk permulaan, Amazon AppStore akan menawarkan sejumlah pilihan aplikasi untuk digunakan bersama sistem operasi Windows 11.

Windows-11-TikTok-Android-950x535.jpg.webp

Amazon turut mengatakan mereka akan menghubungi penerbit aplikasi Android di Amazon AppStore, supaya turut menawarkan aplikasi mereka untuk peranti Windows – memperlihatkan petanda yang mana ia mungkin perlu diterbitkan untuk Windows 11. Pada masa yang sama, beberapa aplikasi Android yang memerlukan akses kepada Google Play Services, mungkin tidak berjalan dengan lancar pada Windows 11 – atau tidak ditawarkan melalui Amazon AppStore.

Windows 11 Tiktok

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ciri memasang aplikasi Android tanpa melalui Amazon Appstore – sama ada akan dibenarkan atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan melihat penerimaan sokongan aplikasi Android di Windows 11 ini.
 
Back
Top
Log in Register