BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

Sokongan Aplikasi Android Pada Windows 11 Akan Turut DiTerima Peranti Dengan Pemproses AMD & ARM

Aplikasi Android boleh digunakan pada komputer yang menggunakan Windows 11 apabila sistem operasi ini dilancarkan tahun hadapan menerusi Amazon Appstore. Ini dilakukan menerusi teknologi Intel Bridge. Pada awalnya terdapat spekulasi hanya komputer dengan cip Intel akan diberikan sokongan ini. Tetapi menurut laporan Tom’s Hardware dan The Verge, pengguna pemproses lain boleh menghela nafas lega.

Windows-11-Android-950x535.jpg.webp

Pihak Intel telah mengesahkan mereka komited untuk menyokong teknologi ini pada kesemua platform X86. Pengguna komputer dengan cip pemproses AMD dan ARM akan turut boleh menikmati aplikasi Android pada komputer Windows 11 mereka kelak. Sungguhpun begitu mereka berkata untuk pengalaman yang paling lancar, platform Intel masih lagi yang terbaik.

Seperkara lagi sokongan aplikasi Android tidak bermakna kesemua aplikasi di Amazon Appstore boleh dimuat-turun. Seperti yang dilakukan oleh Apple pada aplikasi iOS yang dijalankan dalam macOS Big Sur, aplikasi perlu diubah untuk memastikan kesesuaian. Mungkin interaksi dengan tetikus perlu diberikan dan bukan bergantung sepenuhnya pada sentuhan.
 
Microsoft Beralih Kepada Kemaskini Utama Sekali Setahun Melalui Windows 11

Melalui Windows 10 sebelum ini, Microsoft telah mencuba kemaskini utama dua kali setahun. Walaupun ia menawarkan beberapa ciri-ciri baharu bersama dengannya, namun, ia sering hadir dengan masalah kestabilan dan pengenalan yang kadang-kala sedikit lambat daripada sasaran awal. Apa pun, melalui Windows 11, Microsoft mengatasi masalah berkenaan – dan kembali kepada hanya satu kemaskini utama setiap tahun.

Windows 11

Dengan langkah ini, Microsoft dijangka akan dapat lebih memfokuskan kepada kestabilan dan pengenalan ciri yang lebih menarik. Untuk makluman, Google turut melakukan perkara sama dengan Android, sementara Apple dengan macOS dan iOS – dimana hanya satu kemaskini utama diperkenalkan setiap setahun sekali.

Apa pun, Microsoft masih akan kekal menawarkan kemaskini sekuriti apabila diperlukan melalui Windows Update, selain penawaran Windows Insider yang menawarkan kemaskini dengan lebih kerap.
 
Microsoft Teams Akan Di Integrasikan Terus Ke Windows 11

Microsoft
hari ini telah memperkenalkan Windows 11 secara rasminya, dan turut mengumumkan sejumlah ciri yang akan dibawakan bersama. Salah satunya adalah fokus terhadap komunikasi melalui Windows 11. Untuk tujuan berkenaan, Microsoft akan mengintegrasikan Windows 11 secara terus untuk memudahkan anda berkomunikasi atau membuat panggilan video serta-merta.

Microsoft-Teams-Windows-11-950x535.jpg.webp

Seperti ramai sedia maklum, Microsoft Teams sedia menerima perhatian ramai disebabkan oleh PKP, dan dengan langkah ini ia akan membolehkan orang ramai untuk mengakses Microsoft Teams dengan mudah – sekaligus meningkatkan angka pengguna aktif platform berkenaan. Microsoft Teams akan menyertakan akses pantas ke Microsoft Teams, dan pengguna turut boleh melihat senarai rakan-rakan dengan mudah padanya.

Selain integrasi ini, Microsoft turut menyertakan sejumlah ciri baharu lain bersama Windows 11.
 
taskbar tu mcm imac .. takpelah, kalau betul optimzed utk gaming usage + android friendly

boss dah try install ka? any personal feedback?
 
taskbar tu mcm imac .. takpelah, kalau betul optimzed utk gaming usage + android friendly

boss dah try install ka? any personal feedback?

malas nak tukar2 .. hampir 10 kali saya dah tukar OS, tapi dengar feedback forum lain nampak bagus, tapi Developer Preview je, yang end-user belum keluar rasmi ..

ada satu link Windows 11 Pro + Office 2019 .. xpasti ori ke tidak
 
Microsoft Turut Dijangka Hadir Dengan Windows 11 SE - Hadkan Beberapa Ciri-Ciri

Microsoft sedia menjadualkan sebuah acara khas pada minggu depan dalam berkongsi berkenaan Windows generasi baharu. Selari dengannya, Windows 11 tertiris ke arena web pada minggu ini, dan sejumlah maklumat lanjut berkaitan dengannya turut mula tertiris. Terbaru, ia dilihat Microsoft juga akan menyediakan salah satu variasi dibawah Windows 11, dinamakan sebagai Windows 11 SE.

Windows 11 SE ini dilihat akan menawarkan pengalaman penggunaan sistem operasi Windows 11, tetapi dengan beberapa ciri yang dihadkan. Info penuh mengenainya masih tidak diketahui. Spekulasi awal mengatakan ia berkemungkinan adalah penambah-baikkan Windows 10 S-Mode sebelum ini dan mungkin lebih ditujukan untuk pelajar mahupun perusahaan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk mengetahui lanjut berkenaan Windows 11 SE ini secara rasminya daripada Microsoft.

 
Microsoft Mungkin Menawarkan Windows 11 Secara Percuma Untuk Pengguna Windows 7 & Windows 10

Windows 11 merupakan sistem operasi yang kini sedang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Fail sistem operasi berkenaan telah pun tertiris ke arena web pada awal pagi ini, sekaligus memperlihatkan sejumlah perkara yang akan dibawakan olehnya.

Menariknya, bersama-sama dengan ketirisan ini, ia turut memperlihatkan bahagian tetapan yang membawa kepada sokongan kekunci produk Windows sedia ada – sekaligus memperlihatkan ia akan ditawarkan sebagai naik-taraf percuma kepada pengguna Windows sedia ada.

Sekiranya benar, maka pengguna Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10 boleh menikmati naik-taraf ke sistem operasi ini secara percuma – sekaligus menikmati sejumlah ciri baharu yang dibawakan olehnya.

Microsoft sendiri sebelum ini menawarkan Windows 10 sebagai naik-taraf percuma, dan menyediakan kemaskini demi kemaskini secara percuma kepada pengguna sedia ada. Tidak mustahil untuk kita melihat perkara berkenaan diteruskan melalui Windows 11.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Microsoft berkaitan perkara ini pada minggu hadapan – dan berharap agar ia ditawarkan secara percuma kepada pengguna sistem operasi Windows sedia ada.

Sumber asal https://www.xda-developers.com/you-may-be-able-to-upgrade-from-windows-7-to-windows-11-for-free/
 
Windows 11 Akan Sertakan Butang Membisukan Mikrofon Dengan Mudah Pada Peringkat Sistem

Microsoft sedia mengumumkan Windows 11 secara rasminya semalam, sekaligus berkongsi pelbagai perkara baharu yang akan dibawakan – termasuk antaramuka baharu, sokongan aplikasi Android, dan sebagainya. Bersama-sama dengannya, beberapa ciri lain turut disertakan yang masih belum diketengahkan lagi.

Windows-11-Mikrofon-950x535.jpg

Salah satunya adalah ciri membisukan mikrofon dengan mudah pada peringkat sistem. Butang khusus ini diposisikan pada bahagian mikrofon – membolehkan anda mematikan ciri mikrofon pada komputer dengan mudah. Ini amat berguna ketika era bekerja dan belajar dari rumah, yang mana anda tidak ingin mengaktifkan mikrofon secara tidak sengaja.

Butang ini akan berfungsi sama seperti sokongan speaker dan WiFi yang terdapat pada Windows hari ini. Dengan minggu-minggu akan datang, kita akan mendengar lebih banyak ciri baharu pada Windows 11 ini ditemui.
 
Back
Top
Log in Register