BTC USD 83,304.3 Gold USD 4,166.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

What Is Al-quran?

Hadis dan petikan kitab berkaitan tuntutan membaca Al-Quran secara berlagu atau BerTarannum.

“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”

“Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)

“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768)

“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).

“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)
 
Last edited:
anti hadis boleh terima hadis ke.....?

apa yang saya lihat, retoriknya penggunaan direct translation al-Quran jer dia guna pakai.....

sbb tuh la sampai solat pun 24jam.....

hebat golongan ini, kerana menggunakan direct translation al-Quran semata-mata.....
 
Lama tak masuk sini...

Bila ada masa nanti boleh lah saya join lagi...

Yang penting sekali Al-Quran adalah untuk pelajaran dan mengambil pelajaran untuk dilaksanakan dalam kehidupan kita....

[54.17] Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

[12.111] Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Kalau kita tak faham Al-Quran, susah juga nak kuat kan iman kita...

Kalau iman kita kuat, itulah yang kita akan dapat petunjuk dan rahmat...:)
 
itu yg lebih utama,dan saye tidak pernah menjatuhkan hukum di sini,nak bertaranum taranumlah,tp bagi saye Al-quran bukanlah sekadar untuk dilagukan,bukan sekadar perhiasan di dinding-dinding,bukan sekadar penghalau hantu,tapi itulah yang terjadi di masa sekarang.teruskan bertaranum,kalo itulah yang hanya mampu dilakukan untuk mendapatkan pahala.dan umat Islam masih x berubah,masih ditindas,kerana semua hanya tahu melagukan Al-quran untuk mendapatkan pahala,sedangkan Al-quran diturunkan sebagai pelajaran,peringatan,petunjuk,dan menjelaskan segala sesuatu di muka bumi ini.

yusuf:111

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
 
Saudara ni bersangka buruk kepada golongan Qari dan peminat lagu Al-Quran. Qari mana yang saudara jumpa jadi orang yang tak endah pada agama? Yang cerca agama, yang herdik agama, yang menentang agama kebanyakkan jenis yang tidak pandai baca Quran, apatah lagi nak tafsir dan melagukan Al-Quran?

Dalam negara kita, orang yang menjadi Hakim-hakim Syariah, penceramah-penceramah dan aktivis Islam, pemimpin parti politik Islam dan NGO Islam, orang-orang penting dalam Bank-bank Islamic, ahli motivasi dan pelbagai lagi golongan yang memperjuangkan Islam dan isi kandungan Al-quran kesemuanya boleh membaca Al-Quran dengan baik dan sebahagiannya pakar Tarannum. Ulama-ulama sejak dari zaman dahulu dan sekarang, merekalah yang menguasai bacaan ayat Al-Quran dengan begitu baik.

Saudara benci melihat orang tak amalkan Islam, tetapi saudara marahkan kepada pihak yang tidak sepatutnya. Saudara benci melihat orang berzina, minum arak, merompak, membunuh, rasuah dan lain-lain tetapi saudara pergi marah kepada pihak yang ingin membaca Al-Quran dengan baik. Adakah saudara ingat orang-orang yang berzina, minum arak, merompak dll itu orang yang pandai tarannum? Mungkin mereka bukan sahaja tak pandai tarannum, baca Quran pun tak pandai.

Ada baiknya saudara pergi jumpa golongan penzina, minum arak, perasuah, perompak dan menasihatkan mereka membaca Al-Quran dan mendekati Al-Quran daripada saudara menyuruh orang yang mendekati Al-QUran dan menghayati bacaan Al-Quran dan seni lagunya berhenti melagukannya.

Kalau saudara tak dapat membezakan perkara ini, ingat la firman Allah dibawah terhadap golongan yang melihat bukti-bukti kekuasaan Allah tetapi tidak memahami dan memikirkannya.

Al-Hajj ayat 46

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
 
Last edited:
itu yg lebih utama,dan saye tidak pernah menjatuhkan hukum di sini,nak bertaranum taranumlah,tp bagi saye Al-quran bukanlah sekadar untuk dilagukan,bukan sekadar perhiasan di dinding-dinding,bukan sekadar penghalau hantu,tapi itulah yang terjadi di masa sekarang.teruskan bertaranum,kalo itulah yang hanya mampu dilakukan untuk mendapatkan pahala.dan umat Islam masih x berubah,masih ditindas,kerana semua hanya tahu melagukan Al-quran untuk mendapatkan pahala,sedangkan Al-quran diturunkan sebagai pelajaran,peringatan,petunjuk,dan menjelaskan segala sesuatu di muka bumi ini.

yusuf:111

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Siapa kamu untuk menentukan nilai ganjaran terhadap orang yang membacakan dan melagukan Al-Quran? Sedangkan Tuhan yang menurunkan Al-Quran sebagai pemberi peringatan dan sebagai pemberi petunjuk itu lah yang menyuruh kita membaca Al-Quran, dan dikuatkan lagi dengan Sunnah rasulNya untuk mengelokkan dan melagukannya.

Baca dalil dari ayat Al-Quran dibawah. Tuhan yang saudara petik ayatnya yang menyuruh kita mencari petunjuk, sebagai peringatan dan yang saudara kaitkan dengan sikap umat Islam sekarang ini, Tuhan itu jugalah yang menyuruh Saudara membaca dengan Tartil, membaca Al_quran seperti yang diajarkan melalui perantaraan Jibrail, Tuhan itulah yang menyuruh kita diam bila mendengar bacaan Al-Quran...

An-Nahl ayat 98

Apabila kamu membaca Al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan dari Syaitan yang terkutuk.

Al-Muzammil ayat 4

Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil (membaguskan bacaan dan mentadabbur)

Al-Muzammil ayat 20

...Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran ...

Al-Qiyamah ayat 17-18

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18)

Al-Ankabut ayat 45

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (45)

Fatir ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (29)

Al-A'raf ayat 204

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (204)

ok noted,x de ape lagi yg perlu dibincangkan,dan ayat-ayat yang diutarakan tidak ada penjelasan tentang taranum atau untuk dipertandingkan bacaan suara siapa yang lebih sedap atau menyedapkan bacaan atau melagu-lagukan bacaan, hanya penjelasan untuk dibaca dengan tartil sahaja dan seperti yang saudara breketkan membaguskan bacaan atau mungkin boleh difahami membetulkan bacaan dan mentadabur.yang saye belek-belek pon hanya jumpa pasal ayat syair itu saje.time kasih encikz
 
Saudara Wea, since forum ini adalah forum terbuka, saya akan lanjutkan sedikit lagi perbincangan terhadap hal ini. Bukan untuk saudara kerana itu terserah kepada saudara untuk menerimanya atau tidak, tetapi juga sebagai perkongsian ilmu pengukuhan akidah dengan forumer lain.

Bertolak soal tarannum dan melagukan al-Quran itu adalah dituntut oleh Nabi dan Nabi itu utusan Allah dan pesuruh Allah. Allah juga menganjurkan secara jelas berkenaan memperelokkan bacaan Al-Quran.

Al-Muzammil ayat 4

Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil (membaguskan bacaan dan mentadabbur)

Al-Muzammil ayat 20

...Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran ...

Al-Qiyamah ayat 17-18

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18)

Muhammad ini Pesuruh Allah. Tuhan yang menyuruh kita meyakini isi kandungan Al-Quran yang jelas dan nyata itulah yang menyuruh kita meyakini Muhammad itu Rasul dan pesuruh Allah.

Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). [al-Fath 48:29]

dan Tuhan yang menyuruh kita mempercayai Al-QUran itu bukan syairlah yang menyuruh kita belajar Al-Quran daripada Muhammad

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Dan ini Muhammad pesuruh Allah ajarkan seperti diriwayat hadis

“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”

“Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)

“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768)

“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).

“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)

dapat baca dengan betul dah kira bagus dah.. yg di tuntut ambil isi pelajarannya dalam al quran dan amalkannya..

mcm ditanya pada aisyah tng akhlak rasulullah.. jawapannya simple akhlak rasulullah ialah alquran..

utamakan mana yg lebih utama dahulu..
amalkan apa yg ade dalam alquran.. x pandai bahasa arab banyak kitab terjemahan..
 
Betul, ramai ulama menghukum berlagu Al-Quran adalah sunat sahaja. Jadi lakukan perkara yang wajib yang dituntut Quran dulu. TETAPI, jangan memandang serong mereka yang melakukan amalan sunat. Kalau kita tidak mampu, tidak minat elok diam sahaja. Macam makan nasik, kalau rase nak makan nasik kosong jer...makan ler...ade org lain makan nasik nak tambah lauk kari, rendang tok, ayam masak kicap ker...ikut la kan... penyedap selera...semua halal belaka...TAPI kalau ada yang nak makan daging **** salai tu, yang tu la patut kita tentang dan buat isu pun...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register