BTC USD 83,926.0 Gold USD 4,291.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waspada penipuan, putar belit syarikat China

Harapkan pagar.. pagar xbole harap.. ape punye turr
 
Silap tengok dengan 8 jun tu. Hahaha.

Nanti nak amek screenshot, bubuh kat sini chart dia. Hahahaha

Bukan 8sen tapi 1sen sahaja...:))

Teruk depa kena main dgn geng2 red china.

Ingat jualbeli saham bole la selamat drp
skim cepat kayap. Hahaha bole la merasa
ditipu sekali sorang...:D



.
 
cap.png


kstar.png


Gila...
 
Negara kita tak habis-habis dengan isu:
1. Syarikat palsu usahasama petroleum di Timur Tengah.
2. Derma RM2.6 billion dari pak Arab.
3. Transaksi 1MDB yang diragukan di luar negara.
4. Isu harga saham FGV yang jatuh merudum.
5. Penggadaian hartanah bernilai tinggi di ibu negara kepada syarikat China.
Dan lain-lain.

Mungkin lepas ini timbul isu penyertaan syarikat China dalam dagangan Bursa Malaysia. @-) #:-S
 
Memetik artikel sebuah akhbar milik parti anti-Islam MCA sebagai contoh, beliau berkata, pelabur dari China mengambil kesempatan daripada dasar pasaran terbuka yang diamalkan Suruhanjaya Sekuriti pada 2008 untuk majukan pasaran saham tempatan.

Katanya, mengikut artikel itu, pelabur China menggunakan dasar berkenaan untuk mencari modal di Malaysia dengan menjual saham mereka di Bursa Malaysia, sedangkan China sendiri, Singapura dan Hong Kong menolak sesetengah syarikat itu kerana tidak cukup syarat.

Sangat berisiko dasar keterbukaan ekonomi yang diamalkan oleh Malaysia sekarang ini.
Kerajaan Negara Thaipun tak mengamalkan dasar ekonomi terbuka, tak membenarkan warga asing terutamanya dari negara China menjalankan perniagaan besar-besaran. Kerana mereka tahu akan risikonya di masa akan datang.
Ambil contoh republik Indonesia yang mengamalkan dasar keterbukaannya. Mereka mengaturkan syarat dan peraturan kepada syarikat milikan warga asing untuk menjalankan perniagaan di republik berkenaan. Sebagai contoh, cukai korporat mesti kembali kepada kerajaan memerintah.
 

Dah terang dan jelas, melabur dalam saham berasaskan automotif dan sukan atau hiburan mungkin tidak akan menjamin kestabilan harga saham tersebut dalam dagangan di bursa.
Saham yang berasaskan makanan francais, keperluan makanan harian mungkin harga sahamnya agak stabil.
 
China ingin kuasai Selat Melaka melalui pembinaan pelabuhan di Malaysia
July 6, 2017

selat-melaka.jpg


KUALA LUMPUR – Satu kajian bank antarabangsa telah memberi contoh membimbangkan apabila minat China melabur di beberapa pelabuhan, terutama di Pantai Barat Semenanjung, bukan bermotifkan komersial dan keuntungan.

Dalam pada negara komunis itu memperkukuhkan cengkamannya ke atas Laut China Selatan dengan membina pulau buatan dan menempatkan aset ketenteraannya di wilayah yang turut dituntut oleh Malaysia dan beberapa negara lain, China berharap pelaburannya di pelabuhan Pantai Barat Semenanjung, dapat memberikannya akses kepada Selat Melaka.

Kajian oleh Citi Research mempersoalkan kelebihan kapasiti pelabuhan Malaysia, yang kemungkinan minat China dalam projek pelabuhan itu lebih bermotivasikan kepentingan geopolitik, daripada keuntungan.

Penganalisis bank itu, Wei Zheng Kit memberi contoh penyertaan dalam pembangunan pelabuhan di Pantai Barat akan membolehkan China memperoleh akses ke atas Selat Melaka.

Di samping itu, pembiayaan projek melalui pinjaman daripada bank milik negara China boleh meningkatkan liabiliti kerajaan Malaysia, manakala kontrak pembinaan yang dianugerahkan kepada firma China sebenarnya adalah mengimport perkhidmatan, boleh menolak pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta permintaan ringgit.

Ini akan berlaku tatkala defisit fiskal Malaysia meningkat kepada RM30.5 bilion dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, peningkatan sebanyak RM26 bilion, berbanding tempoh sama tahun lalu, kata kajian itu.

Bank itu berkata, sehingga ada penjelasan lanjut mengenai pembabitan China dalam pembangunan infrastruktur Malaysia, kebimbangan terhadap defisit fiskal yang semakin meningkat akan bergantung kepada Pilihan Raya Umum (PRU), yang tempoh penggal sekarang akan berakhir pertengahan tahun depan.


PRU tahun ini?

Citi Reserch menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan PRU pada bulan Ogos atau September ini, bagi membolehkan kerajaan mengekang perbelanjaan demi kepentingan ‘politik’ dan mengekalkan defisit pada sasaran dua hingga 2.5 peratus daripada KDNK antara 2017 dan 2019.

Dalam mengadakan PRU, kerajaan Malaysia cenderung untuk mengembangkan perbelanjaan fiskal ke atas projek pembangunan bagi meraih undi.

“Namun, kami mengakui peningkatan risiko jika PRU ditangguh sehingga hampir kepada tarikh akhir pertengahan 2018, yang akan menyatukan kadar fiskal yang lebih perlahan,” kata Zheng Kit sambil menambah bahawa harga minyak yang stabil dapat membantu Malaysia menghalang penurunan pendapatan.

Tatkala China mengembangkan sayapnya di Asia Tenggara, Malaysia memperoleh manfaat besar menerusi projek pelabuhan dan landasan kereta api yang bernilai RM400 bilion, tetapi persoalan timbul mengenai daya maju komersial dan dana bagi projek itu, yang mana akan memberi kesan ketara kepada ekonomi Malaysia dan ringgit.
 
Kesimpulannya pokjib kene tipu ke apa ni huhu
 
pada saya, hal ini sangat berasas dan masuk akal sebab kaum tu memang nakal.

- Kenakalan mereka takkan dapat dikawal walaupun oleh bangsa cina warga malaysia.

- Kerajaan dah terlalu banyak berika peluang pada mereka.... nanti satu masa bila dah sedar betapa banyaknya penguasaan oleh komunis tu, memang dah sukar nak tegur.
 
Dah terang dan jelas, melabur dalam saham berasaskan automotif dan sukan atau hiburan mungkin tidak akan menjamin kestabilan harga saham tersebut dalam dagangan di bursa.
Saham yang berasaskan makanan francais, keperluan makanan harian mungkin harga sahamnya agak stabil.

Tiada masalah syarikat dari mana-mana negara untuk disenaraikan di pasaran bursa malaysia tapi perlu lebih ketat syarat-syarat dan pemantauan.

kalau tengok dari laporan kewangan tahunan syarikat cina sangat pelik sebab syarikat-syarikat ini ada pendapatan menjangkau billion dan untung ratus-ratus juta tapi cash di bank ada berapa sahaja.Samaada ada penyelewengan.Sekarang hampir semua syarikat china ni kerugian beratus juta.
 
Back
Top
Log in Register