BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waspada penipuan, putar belit syarikat China

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
June 19, 2017

Berhati-hatilah dengan syarikat dari China kerana telah terbukti ada yang pernah melakukan putar belit dan penipuan, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Memetik artikel sebuah akhbar milik parti anti-Islam MCA sebagai contoh, beliau berkata, pelabur dari China mengambil kesempatan daripada dasar pasaran terbuka yang diamalkan Suruhanjaya Sekuriti pada 2008 untuk majukan pasaran saham tempatan.

Katanya, mengikut artikel itu, pelabur China menggunakan dasar berkenaan untuk mencari modal di Malaysia dengan menjual saham mereka di Bursa Malaysia, sedangkan China sendiri, Singapura dan Hong Kong menolak sesetengah syarikat itu kerana tidak cukup syarat.

Beliau berkata, artikel itu juga menjelaskan bahawa menjelang akhir 2013, sebanyak 10 syarikat dari China telah membuat tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia dan berjaya mengutip modal kira-kira RM630 juta, sehingga pegawai dan eksekutif Malaysia sendiri seronok serta bangga dengan kemasukan syarikat China itu.

Tapi apa yang telah terjadi?

Satu demi satu syarikat negara China itu buat hal. Ada yang tidak simpan akaun dengan baik sehingga ditolak oleh syarikat pengauditan tempatan. Apa yang berlaku adalah semua atau sebahagian besar daripadanya telah mungkir janji, rugi, harga saham mereka jatuh merudum, diklasifikasikan sebagai syarikat bermasalah PN17 dan diherdik oleh Bursa Malaysia.

Contohnya China Automobile Part Holdings Ltd. Harga sahamnya merudum daripada harga IPO 68 sen kepada satu sen pada 8 Jun lepas. K-Star Sports Ltd jatuh daripada harga IPO RM2.15 kepada 10 sen. Tak ada sebuah pun yang sahamnya naik. “Sesiapa yang membeli saham syarikat negara China tersebut mengalami kerugian teruk. Nilai pelaburan mereka merudum dan mereka tidak dibayar dividen,” katanya memetik laporan itu dalam tulisannya di Sinar Harian.

Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang New Straits Times berkata, penyokong China di Malaysia akan menuduh sesiapa yang menulis dan bercakap mengenai hegemoni politik, ekonomi dan ketenteraan China, sebagai pengkhianat dan hendak menakutkan rakyat.

“Walaupun banyak contoh buruk berkaitan pelaburan China di merata dunia, pemuja China berkata, itu di tempat lain. Di Malaysia perkara macam itu tidak akan berlaku. Sebenarnya tanda-tanda sudah ada. Cuma pihak-pihak yang bercita-cita mengaut keuntungan daripada projek-projek China sengaja sembunyikan keburukan itu daripada pengetahuan rakyat jelata.

“Baru-baru ini kita baca berita mengenai lebih 8,000 pembeli rumah di projek raksasa milik China, Forest City dan beberapa buah projek lain di Johor tersangkut apabila kerajaan China tidak benarkan mereka membawa keluar duit dari negara China. Kerajaan China keluarkan perintah itu pasal terlalu banyak duit mengalir keluar sehingga menyebabkan kadar tukaran mata wang Yuen jatuh,” katanya.

Apa yang membimbangkan sekarang adalah sebahagian besar projek-projek China di Malaysia, dulunya adalah milik tempatan, tetapi dibeli oleh 1MDB dan kemudiannya dijual kepada syarikat dari China atau projek baharu kerajaan diberi, seperti Bandar Malaysia dan Kompleks Kewangan Tun Razak (TRX).

“Sebenarnya ciri-ciri penipuan dan mungkir janji ini telah pun berlaku cuma tidak ramai orang kita yang faham atau peduli sebab belum sentuh poket mereka secara besar-besaran. Secara kecil-kecilan sudah berlaku.

“Maaf cakaplah kalau saya kata, unsur-unsur penipuan, putar-belit dan sambil lewa nampaknya berleluasa dalam syarikat-syarikat dari China. Piawaian mereka sangat rendah. Apa yang dikhuatiri adalah pelabur China yang diberikan projek dan konsesi berpuluh bilion ringgit oleh kerajaan akan melakukan hal yang sama,” katanya.

Sumber : ismaweb.net
 
Berhati2 kepada puak2 yang seronok bawak depa masuk tu la...

Pelaburan besar konon... masa bawa masuk bangga berkokok 1 malaysia.. dah lari puak ni pakat diam
 
Dalam kata lain mcm pak brahim campak dadu sume nombor dua
Sume kena game
 
Naya yang beli ipo tu. 68 sen jadi 8 sen. 2.15 jadi 10 sen..
 
Naya yang beli ipo tu. 68 sen jadi 8 sen. 2.15 jadi 10 sen..




Bukan 8sen tapi 1sen sahaja...:))

Teruk depa kena main dgn geng2 red china.

Ingat jualbeli saham bole la selamat drp
skim cepat kayap. Hahaha bole la merasa
ditipu sekali sorang...:D



.
 
kena hancing dh,,tula dulu bangga2 sgt dgn org asing luar tu
 
cina malaysia pun tak suka cina china..fikir sendiri la
 
habis la fc dan trx nanti,
haha...mcm cerita kungfu, anak murid boleh tipu tokguru.
tapi kalau shoalin memang tegas..............:D
 
Back
Top
Log in Register