BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Was-was kentut dalam solat

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 415 (26 OKTOBER 2016 M / 25 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN: Assalamualaikum. Bagaimana kentut yang tidak berbunyi?
Keadaan yang saya alami adalah sama seperti keadaan perut berbunyi ketika lapar. Di mana, bunyi itu di kawasan punggung tetapi saya tidak merasa apa-apa sentuhan di lubang dubur tempat angin keluar. Kejadian ini berlaku ketika saya tengah nak menahan kentut.

JAWAPAN:

Berkenaan perkara ini, terdapat hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda: Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau.
Hadis riwayat Imam Bukhari (137)

Justeru, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.

Kesimpulan

Yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci.


Wallahua’lam.


sumber ilmu:
Mufti Wilayah Persekutuan
@drzulmuftiwp
 
Dalam Musnad dan Sunan Abu Daawud, dari Abu Sa‘id al-Khudri, bahwa Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya syaitan akan mendatangi salah seorang dari kalian dalam shalatnya, kemudian dia akan memegangi sehelai rambut yang ada di duburnya kemudian dia akan ulurkan, sehingga orang itu mengira bahwa dirinya telah ber-hadats, maka janganlah dia meninggalkan (shalatnya) sampai mendengar suara atau mencium bau!”

[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (III/97, no. 11934)]


Dalam lafazh Abu Dawud terdapat sedikit perbezaan:

“Bila syaitan mendatangi salah seorang dari kalian dan berkata kepadanya, ‘Kamu telah berhadats,’ hendaklah dia katakan kepadanya, ‘Kamu dusta,’ kecuali seorang yang mencium bau dengan hidungnya atau mendengar suara dengan telinganya.”


Huraian:

Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan untuk mendustakan syaitan, meskipun pada sesuatu yang dimungkinkan kebenarannya, lalu bagaimana jika kedustaannya tersebut adalah sesuatu yang sudah maklum dan yakin, seperti perkataannya kepada orang yang waswas, “Kamu belum melakukan ini,” padahal dia benar-benar telah melakukannya?

Syaikh Abu Muhammad berkata, “Disukai dari seseorang untuk memercikkan air pada kemaluannya atau seluarnya apabila buang air kecil, untuk menepis waswas dari dirinya, apabila dia mendapatkan sesuatu yang basah, maka hendaknya dia katakan, bahwa itu adalah air yang tadi dia percikkan, berdasarkan riwayat Abu Dawud dengan sanadnya dari Sufyan bin al-Hakam ats-Tsaqafi, atau al-Hakam bin Sufyan, dia berkata, “Adalah Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam bila buang air kecil, beliau berwudhu’ dan memercikkan air.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Aku melihat Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam buang air kecil, kemudian memerciki kemaluannya.” Dan adalah Ibnu ‘Umar memercikkan air pada kemaluannya sehingga membasahi seluarnya.

Al-Hasan ditanya dalam perkara ini, maka dia menyatakan, “Abaikanlah!”


Wallahualam.
 
Selalu juga alami masalah seperti ini. Kadang-kadang rasa was-was samada dah kentut ke tak. Tapi tak ada bunyi dan bau. Selalu jadi bila time duduk tunggu solat.

Thank you for sharing bro!
 
Kentut sekali, batal.

Kentut dua kali, tak batal.

:)) :)) :))...

mgkn ader yg tertanya2 aper maksudnyer kentut 2 kali x btl...

sama gak kencing slps kentut pon x btl wudhu gak...
 
Last edited:
slalu jadi gak mcm ni... tapi bila habis bagi salam... terus prooot sepuas2nya :))
 
Jgn sengaja kentut..kena tahan selagi boleh..tekan perut kalau rasa nak terkentut...
 
slalu jadi gak mcm ni... tapi bila habis bagi salam... terus prooot sepuas2nya :))

Kadang bengang gak.

Kaki semua dah kering dan siap2 nak solat.

Angin nak keluar lak.


Kadang2 tahan.

Kadang2 amik jer la wudhu' baru.

Tak elok tahan sebenarnya.

Sakit perut lak jadinya.
 
Back
Top
Log in Register