BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Was-was kentut dalam solat

Was-was kentut dalam solat adalah mainan paling berbisa oleh iblis laknatullah kepada orang bersolat kerana melalaikan tumpuan ketika solat.
 
aku dulu2 ade rasa kene gigit kaki pon ade masa solat Jumaat..
mmg sakit gilerr..
 
Huhu selalu jgk camni
Kalau org buasir mesti ada rasa angin tolak hujung2 tu..
Pun ada was2
 
Orang yang “buang angin” ketika shalat jemaah harus meninggalkan saf dan tidak boleh diam di tempat, kerana orang yang tidak shalat, tetapi dia berada di tengah-tengah saf, akan memutus saf.

Padahal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengecam orang yang memutus saf:

“Barang siapa yang menyambung saf maka Allah akan menyambung dirinya dan barang siapa yang memutus saf maka Allah akan memutus dirinya.”
(H.R. Ahmad, Abu Daud, dan An-Nasa’i; dinilai sahih oleh Al-Albani)

Ketika wuduk/shalat seseorang batal dan ia ingin meninggalkan saf, dia diperbolehkan melintas dan lalu di depan barisan makmum, kerana makmum tidak memiliki sutrah (batasan shalat); yang memiliki sutrah hanya imam. Dalil:

Hadis dari Ibnu Abbas, bahawa beliau mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika peristiwa Fathu Mekah, dan pada saat itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang shalat berjemaah bersama para sahabat. “… Sementara, aku dan saudaraku (Fadhl bin Abbas) sedang berboncengan naik keledai. Kemudian, kami lewat di depan shaf makmum, turun, lalu ikut shalat berjemaah, sementara keledai berkeliaran di antara shaf shalat jemaah dan mereka tidak membatalkan shalat.”
(H.R. Ahamd; dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)
 
Penulis mendapati masalah gangguan kentut antara wuduk hingga selesai solat hilang apabila:

1. Banyak doa minta hakikat
2. Menyukai hadis daif dan tidak hanya berpegang kepada hadis sahih sahaja. Terima semua hadis selagi tidak mauduk atau palsu atau ditolak. Hadirkan kelebihan solat di dalam hati. Solat ialah doa. Tanpa menghadirkan kelebihan solat apakah ertinya solat sebagai doa. Memadai dengan menghadirkan semua kelebihan yang diperuntukkan bagi ibadah solat.

In Sha Allah.
 
Last edited:
Benar, menyukai hadis daif. Diuji secara khusus dan mendapati khusyuk dan khudhuk meningkat, serta dihampirkan hubungan dengan imam.
 
Kadang bukan kentut, tapi angin terkepit celah punggung :))
 
angin dlm badan kekadang kita rase cam keluar..padahal,lega sebab angin tu terlepas dr sekatan dlm perut bukan diluar..jadi kene tau..dia kuar ikut kemutan atau tidak jika rase angin perut bergelora begitu..lainlah ada bau atau bunyi yg didengari..jika tidak..kita kene yakin,iaitu yakin sekali je..dan tetap..iaitu lupakan terus haltu..jika 2 ,3 kali kejap yakin kejap x..amik wudhuk semula lah..itu yg terbaik..dpt pahala lebih..untung bukan rugipun..hehe
 
Orang yang was-was jumlah rakaat

Pertama: Boleh ditentukan jumlah rakaat mana yang lebih meyakinkan

Dalil hadis:

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 'Jika kalian ragu-ragu dengan jumlah rakaat ketika sholat, pilih yang paling meyakinkan, dan selesaikan sholatnya, sampai salam. Kemudian lakukan sujud sahwi 2 kali. (HR. Bukhari & Muslim)

Kedua: Orang yang ragu jumlah rakaat, dan dia sama sekali tidak pasti mana yang lebih meyakinkan. Dalam keadaan ini, dia memilih yang lebih sedikit rakaatnya. Mengapa memilih yang lebih sedikit? Kerana yang lebih sedikit, lebih meyakinkan.

Cara ini yang diajarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana dinyatakan dalam hadis dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Apabila kamu ragu dalam sholat, dan tidak mengetahui berapa rakaat dia sholat, 3 atau 4 rakaat maka buanglah keraguan itu, dan ambilah yang yakin. Kemudian sujudlah 2 kali sebelum salam. Jika ternyata dia sholat 5 rakaat, maka sujudnya telah menggenapkan shalatnya. Lalu jika ternyata shalatnya memang empat rakaat, maka sujudnya itu adalah sebagai penghinaan bagi syaitan.”
(HR. Muslim 1300)
 
15672731_1813933088873096_6933428150971826658_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register