kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 415 (26 OKTOBER 2016 M / 25 MUHARRAM 1438 H)
SOALAN: Assalamualaikum. Bagaimana kentut yang tidak berbunyi?
Keadaan yang saya alami adalah sama seperti keadaan perut berbunyi ketika lapar. Di mana, bunyi itu di kawasan punggung tetapi saya tidak merasa apa-apa sentuhan di lubang dubur tempat angin keluar. Kejadian ini berlaku ketika saya tengah nak menahan kentut.
JAWAPAN:
Berkenaan perkara ini, terdapat hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda: Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau.
Hadis riwayat Imam Bukhari (137)
Justeru, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.
Kesimpulan
Yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci.
Wallahua’lam.
sumber ilmu:
Mufti Wilayah Persekutuan
@drzulmuftiwp