BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wartawan Sukan Bukukan Final Bersejarah Piala Malaysia 2018

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Wartawan Sukan Bukukan Final Bersejarah Piala Malaysia 2018​

bc66d630f6766ed558fef855c2cea6956a321db6a3866

9e73945abf698c545b475675b5762b916a321e43370ac

2609d3b0cd71ccbb39b9e892795168246a321ebf32ba5


Pengalaman sedekad sebagai wartawan sukan mendorong Meor Abdullah Syamim Meor Lod Ismail, untuk mendokumentasikan detik-detik berharga arena sukan negara agar terus kekal dalam ingatan peminat.

Wartawan sukan The Vocket berusia 37 tahun itu, memilih untuk mengabadikan perjalanan dramatik perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Perak dan Terengganu menerusi buku “KEJOR: 120 Minit Gila di Shah Alam”, yang dilancarkan di sini baru-baru ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata peranan pengamal media pada masa kini tidak lagi terbatas kepada pelaporan keputusan perlawanan semata-mata.

“Dalam era media sosial yang bergerak pantas, kandungan digital mudah tenggelam, manakala buku fizikal mampu menjadi arkib yang bertahan puluhan tahun. Sebab itu dokumentasi seperti ini penting supaya sejarah bola sepak tempatan tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Menceritakan mengapa beliau memilih final di Stadium Shah Alam itu untuk dibukukan, Meor Abdullah Syamim berkata perlawanan berkenaan bukan sahaja menguji emosi, malah menyatukan ribuan penyokong dan meninggalkan kenangan yang masih segar sehingga hari ini.

“Keinginan menghasilkan buku ini lahir daripada rasa tanggungjawab untuk memastikan perjalanan Perak menjulang Piala Malaysia 2018 terus diingati generasi akan datang. Ia satu peristiwa bersejarah yang terlalu besar untuk dilupakan,” katanya.

Buku itu memfokuskan perjalanan Perak dalam aksi final penuh dramatik yang menyaksikan skuad The Bos Gaurus bangkit daripada ketinggalan dua gol, layangan kad merah dan gol di minit akhir, sebelum menamatkan penantian 18 tahun untuk menjulang Piala Malaysia menerusi penentuan penalti.

Meor Abdullah Syamim berkata beliau sendiri menyangka Terengganu bakal muncul juara dan telah menyiapkan laporan memihak kepada skuad Penyu, sebelum kebangkitan Perak mengubah segala-galanya pada penghujung perlawanan.

 
Back
Top
Log in Register