BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Moo Deng pilih Perancis, England ke final Piala Dunia 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Moo Deng pilih Perancis, England ke final Piala Dunia 2026​

3582077.webp

Ramalan santai itu diadakan di zoo berkenaan pada Selasa yang terletak di daerah Si Racha, Chonburi ketika kejohanan memasuki peringkat akhir. Foto Agensi

BANGKOK - Anak badak air yang menjadi sensasi internet, Moo Deng meramalkan Perancis dan England akan mara ke final Piala Dunia FIFA 2026 selepas membuat pilihannya menerusi belahan tembikai yang dihiasi bendera negara berkenaan di Zoo Terbuka Khao Kheow.

Ramalan santai itu diadakan di zoo berkenaan pada Selasa yang terletak di daerah Si Racha, Chonburi, Thailand ketika kejohanan tersebut memasuki fasa penentuan.

Pelancong dan peminat bola turut berkumpul di sekitar kandang haiwan kerdil itu untuk menyaksikan aksi comel Moo Deng membuat pilihan antara Perancis dan Sepanyol dalam separuh akhir pertama disusuli England dan Argentina dalam separuh akhir kedua.

Pengarah zoo, Narongwit Chodchoi bersama penjaga Moo Deng yang dikenali sebagai Benz menyediakan belahan tembikai yang mewakili empat pasukan separuh akhir.

Nama setiap pasukan diukir pada buah tersebut manakala bendera kecil keempat-empat negara itu dicucuk pada kulit setiap belahan tembikai berkenaan. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register