BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Final Piala Malaysia: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Final Piala Malaysia: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam​

8b7e3b44a70473236d9949af659482d66342569e31841

Kredit gambar: Rapid KL

Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam Ahad ini bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan berkenaan dijadual berlangsung pada 9 malam, Sabtu ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi tren bagi dua laluan iaitu Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya turut dilanjutkan bagi menampung pergerakan penumpang selepas tamat perlawanan.

Menurut kenyataan itu, untuk menukar laluan dari Laluan Ampang/Sri Petaling ke Laluan Putrajaya, hanya Stesen Sungai Besi akan dibuka.

“Stesen lain di Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen di laluan tersebut untuk meneruskan perjalanan pulang,” maklum kenyataan itu.

Rapid Rail turut menasihati penonton yang hadir ke perlawanan untuk merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan kemudahan parkir di Park N’ Ride yang disediakan di stesen sepanjang Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya.

Penumpang juga disaran menggunakan kad Touch ‘n Go atau kaedah pembayaran tanpa tunai manakala pengguna token pula digalakkan membuat pembelian awal bagi perjalanan pergi dan balik.

“Rapid KL akan menempatkan kakitangan tambahan di lokasi strategik bagi membantu penumpang sepanjang tempoh lanjutan operasi tersebut,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai jadual perkhidmatan Rapid KL serta kemudahan Park N’ Ride di stesen boleh diperoleh di www.myrapid.com.my.

 
Back
Top
Log in Register