BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Final Piala FA: Rapid Rail Lanjut Operasi Stesen Bukit Jalil Hingga 12.30 Tengah Malam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
34cb2c57699f69de2ac157ebf6c85562677950a7ba337


Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, akan melanjutkan waktu operasi Stesen Bukit Jalil hingga 12.30 tengah malam sempena perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah, Ahad ini.

Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi di stesen-stesen integrasi turut akan dilanjutkan, bagi memastikan pergerakan penyokong lebih lancar.

Manakala stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen bagi meneruskan perjalanan pulang.

“Para penyokong digalakkan menggunakan kad Touch ’n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar serta mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan Rapid Rail, kemudahan Park N’ Ride di stesen-stesen rel terpilih juga disediakan bagi memudahkan penyokong.

Rapid Rail turut menempatkan kakitangan tambahan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu pergerakan penyokong dan memastikan aliran trafik di dalam stesen berjalan lancar.

 
Back
Top
Log in Register