combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Rapid Rail Sasar Operasi Tren Baharu LRT Kelana Jaya Pada 2031
Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Sdn Bhd Ts Nor Azmi Mohd Yusof ketika sesi taklimat media Perkhidmatan dan Penambahbaikan Laluan Kelana Jaya di Kompleks Rapidrail Subang, hari ini.
Sebanyak 26 tren baharu bagi Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dijangka mula beroperasi pada 2031 dalam usaha meningkatkan kapasiti dan kecekapan operasi selain mengurangkan gangguan perkhidmatan kepada pengguna.
Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Sdn Bhd Nor Azmi Mohd Yusof berkata proses penggantian tren sedia ada telah dimulakan dengan tren pertama dijadual tiba pada 2029 sebelum keseluruhan penggantian disasarkan selesai menjelang akhir 2030.
Beliau berkata pelaksanaan projek itu merupakan langkah jangka panjang bagi memastikan sistem pengangkutan awam lebih stabil, selamat dan berdaya tahan pada masa hadapan.
“Sebagai langkah jangka pendek sementara menunggu ketibaan 26 set tren baharu secara berfasa hingga akhir 2030, Rapid Rail kini mengguna pakai pendekatan Penyelenggaraan Berasaskan Keadaan (CBM).
“Melalui pendekatan proaktif ini, pemeriksaan dilakukan dengan lebih kerap dan mana-mana komponen yang menunjukkan tanda awal kerosakan akan diganti segera tanpa perlu menunggu jadual penukaran asal di dalam manual penyelenggaraan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas mengenai peningkatan jumlah pengguna, Nor Azmi berkata faktor muatan bagi Laluan Kelana Jaya telah mencecah 109 peratus pada April lepas.
Bagi mengatasi peningkatan pengguna sebanyak 11 peratus tahun ini, Rapid Rail mengambil langkah proaktif dengan menambah jumlah tren dalam operasi bagi memendekkan waktu menunggu pengguna.
"Kami hanya akan melepaskan tren untuk operasi selepas dipastikan benar-benar selamat digunakan. Dalam mengawal faktor muatan ini, kami turut melaksanakan pengurusan kawalan kesesakan secara berfasa bagi memastikan platform tidak terlalu padat sehingga membahayakan keselamatan pengguna," katanya.
Beliau berkata proses penstabilan sistem yang sedang dinaik taraf akan terus dipantau bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna dan dijangka mengambil masa antara satu hingga dua tahun berdasarkan tempoh liabiliti kecacatan projek berkenaan.
Rapid Rail Sasar Operasi Tren Baharu LRT Kelana Jaya Pada 2031
Rapid Rail, LRT, Kelana Jaya, tren, Nor Azmi Mohd