BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dawai Halus Tersangkut Punca Letupan Kecil LRT Laluan Kelana Jaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dawai Halus Tersangkut Punca Letupan Kecil LRT Laluan Kelana Jaya​

379d57b0a7571b25b3e84c32f88103db62ac48b706426


Dawai halus yang dipercayai tersangkut pada sistem bekalan kuasa dikenal pasti sebagai punca insiden letupan kecil melibatkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di Stesen Taman Jaya menghala ke Putra Heights, semalam.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan mendapati dawai halus yang telah cair di lokasi kejadian itu bukan sebahagian daripada komponen tren mahupun infrastruktur landasan.

Menurut kenyataan tersebut tren bernombor 57 yang terlibat dalam kejadian pada 7.18 malam itu dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan untuk pemeriksaan lanjut.

"Semua penumpang diturunkan dengan selamat di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.

"Pemeriksaan awal oleh pasukan teknikal mendapati tiada kerosakan dikesan pada tren atau komponennya," menurut kenyataan itu.

Rapid KL memaklumkan pemeriksaan ke atas landasan antara Stesen Universiti dan Stesen Taman Jaya turut mendapati infrastruktur berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk operasi.

“Pemeriksaan terperinci diteruskan selepas tamat waktu operasi sebagai langkah pengesahan bagi memastikan keselamatan perkhidmatan.

"Rapid KL memandang serius setiap insiden yang melibatkan aspek keselamatan dan akan terus menjalankan siasatan lanjut serta mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang," menurut kenyataan itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu dan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa.

 
Back
Top
Log in Register