BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warkah untuk PM

free trade zone for forex trading via tenet....

apa macam siapa dalam nii.... boleh bagi cadangan kat PM wujudkan Frer Trade zone for Forex trader via internet .....kekekekek.... ambo doh hantar doh cadangan tuu... kat PM.... minta trader-trader dale ni..... BUAT LAAA PULOK.....ekekekekek.... :D
 
Web Utk Rakyat Jumpa PM

PEKAN 1 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan laman web interaktif ‘Warkah Untuk PM’ sebagai saluran untuk rakyat mengemukakan pandangan dan masalah kepada kerajaan berhubung isu-isu semasa.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai Duta Khas laman web itu.

Laman web itu dibangunkan oleh tujuh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Kajian dan Strategi Melayu (YKSM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Tabung Amanah Muhibah (Tamu), Yayasan Pekerja Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Najib berkata, laman web tersebut akan membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendengar secara peribadi segala isu dan pandangan yang mungkin menjadi kebimbangan rakyat.

Kewujudan laman web itu juga, katanya, membolehkan rakyat merasa lebih dekat dengan kerajaan apabila segala pandangan dan masalah yang dikemukakan, diberi perhatian sewajarnya.

Sehubungan itu, kata beliau, seramai 100 pengirim e-mel yang dianggap memberi pandangan bernas kepada kerajaan berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri.

‘‘Kerajaan akan mengambil sikap responsif terhadap apa juga masalah yang dikemukakan oleh rakyat menerusi laman web tersebut. Kalau idea yang dikemukakan bernas, ia mungkin boleh diguna pakai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di kediamannya di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan susulan akan diambil dalam setiap masalah yang dikemukakan sama ada di peringkat Pusat atau negeri.

Beliau berkata, laman web itu bukan dibangunkan bagi tujuan pilihan raya semata-mata tetapi untuk sepanjang masa.

‘‘Laman web ini akan terus digunakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 oleh rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, kata Najib, pelantikan Sheikh Muszaphar Shukor sebagai Duta Khas bertujuan mempromosikan laman web tersebut dan membantu kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

‘‘Sheikh Muszaphar Shukor akan melakukan kerja-kerja promosi untuk meyakinkan rakyat mengenai faedah menggunakan laman web tersebut,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang pandangan dan masalah boleh melayari di alamat: www.warkahuntukpm. com.my

Aku cuba masuk web nie, tapi tak dapat pulak, cadang2 nak juga tanya dua tiga puluh soalan....:)) :)) :))
 
Aku cuba masuk web nie, tapi tak dapat pulak, cadang2 nak juga tanya dua tiga puluh soalan....:)) :)) :))

gormak saja tu....lepas tu tak leh access.....klau betul ada aku nak hentam cukup2....jom geng kita penuhkan ia dengan complaint
 
propaganda jer..
takkan dibacanya nyerrrr/......
:(scam
 
aku rasa Buduh je website ni, guna email siap dgn data dan syarikat pulak tu,kalu dia balas pun bukan semua rakyat tau, sedap je dia kelentong pada yg hantar email tu nanti,
Ajak Berdebat PENAKUT, kalu berani jawab la persoalan secara berdepan dan rakyat adili, ni media tulung jawabkan dan ampu lagi puak umNO ni. berani jawab kat media Bee End je la, puak2 bacul ni...
 
aku fikir sebenarnya lebih efektif kalau website ni berbentuk forum... so kita semua dapat share berbincang sama2 tentang isu yang dikeutarakan... baru lah ada ketelusan...
 
aku fikir sebenarnya lebih efektif kalau website ni berbentuk forum... so kita semua dapat share berbincang sama2 tentang isu yang dikeutarakan... baru lah ada ketelusan...

cadangan ni aku setuju, PM buat Forum atau khairy buat, aku rasa tak larat dia nak jawab, jadi macam iswara(Katak)hijau la jawabnye:eek: :eek: :eek: :eek:
 
apesal aku cuba tak leh pulak..kata 'could not connect'???

baik toksah wat website kalau mcm tu...

website dia pun serupa tuan dia jugak..
kuat tido!!!!
 
aku cuba masuk lebih 10 kali...semua pun tak leh masuk...
pakai nama sendiri plak tu...
pesal tak leh access ekk????
ade sesapae yg dpt masuk??
 
Back
Top
Log in Register