BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warisan Bukan Beban, Aset Pacu Ekonomi Dan Pelancongan Negara - Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
623d6c49d3239170cc22998eae2c5716697d7b5564dc0


Warisan tidak seharusnya dilihat sebagai beban masa lepas, sebaliknya sebagai aset strategik yang mampu menjana pelancongan, menggerakkan industri kreatif, membuka peluang pekerjaan dan mengukuhkan ekosistem perniagaan tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bangunan warisan yang dihidupkan semula menjadi antara strategi penting untuk memacu kedatangan pelancong dari luar negara dan domestik.

Memberikan contoh Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) di Jalan Raja di sini, Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata pemuliharaannya bukan usaha untuk mengulang nostalgia, tetapi ikhtiar untuk memastikan sejarah terus hidup, difahami dan dijadikan pedoman dalam menghadapi cabaran masa depan.

"Usaha ini ialah teras kepada inisiatif WARISAN KL, iaitu pendekatan strategik kerajaan untuk menghidupkan semula tapak warisan utama Kuala Lumpur sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar berasaskan budaya," katanya ketika berucap pada majlis penyempurnaan pemuliharaan BSAS oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Berita lanjut menyusul...

 
Back
Top
Log in Register