TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Fatimah Hamzah bersama rumahnya yang amat daif di kawasan rizab sungai di Lorong Kampung Pisang Hujung, Bakar Bata di Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/Ismail Kamadin
ALOR SETAR - Seorang warga emas yang tinggal sebatang kara di sebuah rumah usang di Lorong Kampung Pisang Hujung, Bakar Bata di sini merayu bantuan daripada kerajaan negeri untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa.
Fatimah Hamzah, 64, berkata, rumah yang didiaminya sejak 40 tahun lalu di atas tanah rizab Sungai Kedah itu tidak lagi selamat untuk diduduki kerana hanya menanti masa untuk tumbang sebab tiang rumah yang semakin reput.
"Saya hanya mengharapkan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 setiap bulan.
"Saya juga bekerja mengambil upah melipat serta mencuci rumah orang dan melalui wang ini serta wang bantuan JKM saya gunakan untuk menyara hidup," katanya ketika ditemui di Lorong Kampung Pisang Hujung, Bakar Bata di sini baru-baru ini.
Menurutnya, dia tidak mampu untuk menyewa rumah lain kerana menghadapi masalah kewangan dan amat berharap kerajaan negeri akan membantunya untuk tinggal di rumah yang lebih baik.
"Rumah yang saya tinggal ini tidak ada bekalan air kerana dipotong disebabkan saya tidak mampu membayar bil air.
"Saya bernasib baik kerana jiran membenarkan saya menumpang mandi dan menggunakan air di rumahnya. Saya sangat berharap agar selepas ini saya boleh tinggal di rumah yang lebih baik dan selesa," jelasnya.
Fatimah memberitahu, setiap kali hujan lebat serta angin kencang juga dia tidak berani untuk tinggal di rumahnya itu kerana bimbang rumahnya akan roboh.
"Bila hujan sahaja saya terpaksa tinggal di rumah jiran sebentar sehingga hujan dan angin kencang reda.
"Apabila saya pulang ke rumah memang keadaan perabot dan barangan lain di rumah akan basah kerana bumbung rumah saya turut bocor di sana sini," katanya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Utara/20141010/wu_01/Warga-emas-rayu-bantuan-rumah#ixzz3FrSjcIAY
© Utusan Melayu (M) Bhd