BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Kesan Penyelewengan Lebih RM9 Juta Libat Program Daya Kerjaya 2.0

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM Kesan Penyelewengan Lebih RM9 Juta Libat Program Daya Kerjaya 2.0​

f12b2882a9e36e329837ac410f77cfb76a252df1a62ca

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman ditemubual oleh Bernama sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat SPRM Negeri Terengganu hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan wujudnya penyelewengan melibatkan inisiatif kerajaan iaitu program Daya Kerjaya 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini, dengan nilai tuntutan palsu berjumlah RM9.01 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata melalui siasatan pihaknya mengenal pasti sebanyak 143 syarikat melibatkan 320 pekerja di seluruh negara terbabit dalam penyelewengan dana kerajaan yang dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula 2024 itu.

“Melalui program Daya Kerjaya 2.0 ini pihak kerajaan memberikan insentif kepada majikan dalam bentuk bayaran gaji sebanyak RM1,500 setiap bulan kepada pekerja (golongan seperti orang kurang upaya, bekas banduan dan warga emas) yang dilantik, selama enam bulan.

“Namun berdasarkan risikan awal yang dijalankan pihak kami, didapati beberapa isu telah dikesan daripada segi pelaksanaan dan sebagainya. Antaranya kita dapati ada individu yang diisytiharkan sebagai pekerja tetapi sebenarnya dia tidak wujud,” katanya kepada Bernama sempena lawatannya ke Pejabat SPRM Terengganu, di sini, hari ini.

Abd Halim berkata pihaknya juga mengesan terdapat pekerja yang tidak memenuhi syarat tempoh minimum enam bulan pekerjaan namun mendapat bayaran penuh dan wujudnya aktiviti penggunaan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran insentif tersebut.

Selain itu, katanya, pihaknya juga mengesan sebanyak 1,638 lagi syarikat yang melakukan aktiviti sama membabitkan nilai kira-kira RM45 juta, namun ia masih di peringkat awal siasatan.

Katanya, SPRM telah menerima kerjasama baik daripada ibu pejabat Perkeso sepanjang siasatan dijalankan dan akan terus mendapatkan bantuan daripada agensi tersebut di peringkat negeri bagi melancarkan lagi operasi termasuk proses pengumpulan maklumat dan bahan bukti.

Abd Halim berkata pihaknya memandang serius terhadap unsur penyelewengan atau  kelemahan dalam pengurusan dana kerajaan yang diinisiatifkan untuk membantu rakyat.

 
Back
Top
Log in Register