BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dana Kerjaya 2.0: KESUMA Sokong Penuh Siasatan SPRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dana Kerjaya 2.0: KESUMA Sokong Penuh Siasatan SPRM​

4afbadecc0c50a91815899d69c3c40896830b90ef1e83

Datuk Seri R. Ramanan

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyatakan sokongan penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan tuntutan di bawah Program Daya Kerjaya 2.0.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata kementerian itu kekal komited untuk memastikan semua program bantuan kerajaan ditadbir dengan standard integriti, akauntabiliti dan tadbir urus tertinggi.

Beliau berkata dakwaan penyelewengan itu pertama kali dikesan melalui mekanisme pemantauan dalaman dan anti-fraud Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Melalui Bahagian Anti-Fraud, Etika dan Integriti (AFEI), Perkeso mengenal pasti corak mencurigakan dan potensi penyelewengan semasa analisis data dalaman yang dijalankan pada akhir 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramanan berkata AFEI seterusnya menjalankan risikan, pengawasan dan siasatan sepanjang 2025 untuk mengesahkan penemuan itu serta mengumpul bukti dan menetapkan modus operandi di sebalik dakwaan penyalahgunaan itu.

Beliau berkata penemuan itu dibentangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso yang kemudiannya mengarahkan supaya perkara itu dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Susulan arahan itu, Perkeso menyerahkan kes tersebut kepada SPRM Perak pada Ogos 2025 dan bekerjasama rapat dengan SPRM menerusi proses siasatan bersama-sama serta menyediakan semua dokumen dan bukti yang berkaitan.

“Apabila kes itu berkembang, ia dipindahkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya,” katanya.

Ramanan berkata kes itu menunjukkan mekanisme tadbir urus, pematuhan dan antipenipuan Perkeso berkesan memandangkan dakwaan penyelewengan itu dikesan melalui kawalan dalaman sebelum dirujuk kepada pihak berkuasa.

 
Back
Top
Log in Register