BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasatan Terhadap Xavier Jayakumar Selesai - SPRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Siasatan Terhadap Xavier Jayakumar Selesai - SPRM​

8a47c5b7a316a4e3fa37699beb22945568503045450a7


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua kertas siasatan melibatkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr Xavier Jayakumar pada 2021 telah selesai dan diklasifikasikan sebagai Kemas Untuk Simpan (KUS).

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat pada 2024 oleh Timbalan Pendakwa Raya selepas penelitian dan siasatan menyeluruh terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menuduh bekas menteri itu.

SPRM memaklumkan siasatan terhadap dua kertas siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 itu selesai selepas penelitian terhadap maklumat dan keterangan yang diperoleh dilaksanakan secara menyeluruh.

“Tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapatkan, meneliti dan mengesahkan maklumat serta keterangan berkaitan.

“SPRM menegaskan setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara tersebut memandangkan siasatan telah selesai.

Xavier sebelum ini disiasat SPRM susulan penahanan seorang rakannya kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek yang dianugerahkan kepada mereka semasa menjawat jawatan menteri.

 
Back
Top
Log in Register