BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendakwaan Berniat Jahat: Saman Shahrir Samad Terhadap SPRM dan Dua Lagi Selesai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Pendakwaan Berniat Jahat: Saman Shahrir Samad Terhadap SPRM dan Dua Lagi Selesai​

51850e15beb8d62f8f3ff72ea876da976aa1290533e22

Tan Sri Shahrir Samad
-fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


Saman yang difailkan Tan Sri Shahrir Samad terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, agensi antirasuah itu dan Kerajaan Malaysia berhubung isu pendakwaan berniat jahat telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Bagaimanapun, saman terhadap Tan Sri Tommy Thomas yang dinamakan sebagai defendan pertama masih belum selesai, dan mahkamah menetapkan 16 Okt depan untuk mendengar permohonan Shahrir bagi kebenaran untuk tidak meneruskan tindakan berkenaan terhadap bekas Peguam Negara itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Shahrir, memaklumkan Hakim Gan Techiong bahawa anak guamnya telah mencapai penyelesaian dengan defendan kedua, ketiga dan keempat.

"Justeru, kami menarik balik saman ini tanpa kebebasan untuk memfailkannya semula dan tanpa perintah mengenai kos... Kesemua pihak juga telah bersetuju bahawa tiada kenyataan akan dikeluarkan berhubung saman ini.

“Bagi defendan pertama (Thomas), kami akan memfailkan permohonan kebenaran di bawah Aturan 21 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk tidak meneruskan saman itu," katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom, yang hadir bagi pihak ketiga-tiga defendan, mengesahkan perkara itu.

Gan kemudian memerintahkan agar saman Shahrir terhadap Latheefa, SPRM serta kerajaan dibatalkan tanpa kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkannya semula.

Mahkamah turut mengarahkan Shahrir memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk tidak meneruskan saman terhadap Thomas dalam tempoh seminggu, dan menetapkan 16 Okt ini untuk mendengar permohonan itu.

Shahrir dan Thomas hadir pada prosiding hari ini.

 
Back
Top
Log in Register