combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,231
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,231
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Saman Bukan Untuk Balas Dendam - Shahrir Samad
Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tindakan saman yang difailkannya bukan bertujuan membalas dendam, sebaliknya bagi memastikan kuasa penguatkuasaan digunakan sewajarnya.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes saman difailkannya terhadap bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, SPRM dan kerajaan berhubung pendakwaan berniat jahat.
“Bukan untuk membalas dendam. Saya membawa tindakan ini kerana kuasa menyiasat, menyita, menangkap dan mendakwa ialah kuasa yang sangat besar.
“Kuasa itu mesti digunakan selepas perkara asas disiasat dengan betul,” kata Shahrir yang merupakan plaintif menerusi pernyataan saksinya.
Shahrir, 76, yang juga bekas pengerusi FELDA berkata jika ada alasan yang sah, sesiapa pun boleh disiasat, termasuk dirinya.
"Saya tidak pernah mengatakan bahawa saya kebal daripada siasatan. Namun pada pandangan saya, siasatan perlu dilakukan dengan lengkap dan adil sebelum seseorang ditangkap dan didakwa atas kesalahan yang serius," katanya.
Shahrir didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Januari 2020 atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterimanya daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Pada 5 Jan 2023, Mahkamah Tinggi membebaskan Shahrir daripada pertuduhan itu selepas pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes berkenaan.
Menurut Shahrir, keputusan pihak pendakwaan itu dibuat susulan keterangan pegawai penyiasat SPRM Nurzahidah Yacop, bahawa beliau tidak menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada wang RM1 juta itu merupakan pembayaran ganti balik atau pendapatannya.