BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan warga emas maut akibat renjatan elektrik di rumah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3508413.webp

Sepasang warga emas maut pada Jumaat selepas terkena renjatan elektrik apabila arus voltan tinggi di Kampung Jheelo. - Agensi

UTTAR PRADESH - Sepasang warga emas maut pada Jumaat selepas terkena renjatan elektrik apabila arus voltan tinggi mengalir melalui pendawaian beberapa rumah di kawasan tersebut.

Ketua Balai Polis (SHO) Rajesh Singh berkata, kejadian berlaku di kampung Jheelo di bawah kawasan Balai Polis Bijpur, apabila peningkatan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan arus mengalir ke dalam pendawaian rumah pada waktu petang.

“Kira-kira jam 6 petang, arus voltan tinggi memasuki beberapa rumah sehingga menyebabkan papan suis elektrik dan kabel atas terbakar,” katanya.

Menurut polis, mangsa, Phulmati, 63, terkena arus elektrik ketika membuka pintu rumahnya lalu rebah.

Melihat kejadian tersebut, suaminya Shriram, 65, bergegas untuk menyelamatkannya namun turut terkena renjatan elektrik.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi wanita dikenali sebagai Indra Devi, 60, turut mengalami kecederaan melecur selepas terkena arus elektrik.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan kini sedang menerima rawatan.

Susulan insiden itu, penduduk setempat memaklumkan kepada pihak jabatan elektrik, yang kemudian menutup talian utama berkuasa 11,000 volt.

Polis telah menghantar mayat mangsa untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register