BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Anggota Polis Maut Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik Di Beaufort

Jenazah Koperal Mohamad Nur Hafiz Selamat Dikebumikan​

05ec412336f04a858006f3299d1337606a769813aafe3

fb1bedd09f3c19b2ad8f04ea62663c756a76984423ab1

4794fbffee9168264885749069171bbe6a7698d339322

Jenazah Allahyarham Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik ketika bertugas di Beaufort, Sabah pada Khamis lepas, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang, Kota Bharu pagi ini.

Allahyarham Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Beaufort, Sabah, pada Khamis lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang, Ketereh, di sini, pagi tadi.

Jenazah Mohamad Nur Hafiz, 29, dikebumikan selepas selesai solat jenazah di rumah keluarganya di Kampung Hutan Pasir, di sini.

Kakak sulung Allahyarham Nurlella, 34, berkata keluarganya merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memudahkan urusan membawa pulang jenazah adiknya ke kampung halaman.

“Jenazah tiba pada 4.45 pagi. Saya berterima kasih kepada PDRM yang banyak membantu dan memudahkan urusan adik saya dari awal hingga akhir,” katanya kepada pemberita di tanah perkuburan itu.

Nurlella berkata hubungan mereka lima beradik amat rapat dan sering melakukan panggilan video hampir setiap hari, termasuk menerusi kumpulan WhatsApp keluarga pada waktu lapang selain kerap memberikan komen pada gambar yang dimuat naik di media sosial.

“Walaupun saya tinggal di Ipoh, Perak dan adik di Sabah, kami tetap berhubung melalui panggilan video dan media sosial. Kalau ada masa rehat sekejap pun, dia akan buat panggilan video dengan kami,” katanya.

Nurlella berkata panggilan video terakhir Allahyarham yang bertugas di  Balai Polis Weston, Beaufort kepada ibu mereka ialah pada petang Khamis lepas.

“Ketika itu, dia ada cakap penat dan kurang respons tetapi masih sempat senyum. Dia cakap dengan mama tidak apa, nanti sambung sembang semula sebab hendak masuk kerja,” katanya.

Nurlella berkata panggilan video terakhir mereka pula adalah pada Ahad lepas, ketika Allahyarham membawa isteri Fatimah Shahira dan anaknya ke pantai.

 

PDRM Percepat Bayaran Faedah, Kebajikan Keluarga Anggota Maut Renjatan Elektrik​

7a43aa1d7ba0af33fa00ad43527365b26a7c2e8086838

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kanan) menyampaikan pampasan kematian kepada balu Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim, Fatimah Shahira (tiga, kiri) sewaktu menziarahi keluarganya di Kampung Hutan Pasir, Ketereh hari ini.

Turut sama Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat (kanan).


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempercepat urusan bayaran faedah dan kebajikan layak diterima waris Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Beaufort, Sabah pada minggu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu bertujuan meringankan beban isteri dan seorang anak lelaki Allahyarham yang berusia dua tahun.

“Pengarah Pengurusan Bukit Aman diminta mempercepat semua bentuk bayaran yang layak diterima keluarga Allahyarham bagi meringankan beban mereka.

“Saya sampaikan jaminan kepada isteri dan keluarga bahawa kesemua perkara yang berkaitan akan dipercepat, tidak melalui proses biasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Mohamad Nur Hafiz di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohd Azhar Hamin.

“Kami hadir untuk menzahirkan simpati daripada seluruh pasukan kepada keluarga Allahyarham. Setiap kehilangan anggota, tanpa mengira kedudukan atau pangkat adalah kehilangan besar buat polis,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata sumbangan yang disampaikan merangkumi bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Kelantan serta bayaran takaful caruman Allahyarham sebagai anggota Koperasi Polis.

Beliau berkata jumlah keseluruhan sumbangan dan bayaran melebihi RM200,000 dengan Mohamad Nur Hafiz turut menamakan isteri Fatimah Shahira dan ibunya sebagai penerima pencen.

Selain itu, beliau berkata isteri Allahyarham boleh menghubungi kontinjen negeri jika memerlukan bantuan berkaitan kebajikan anak dan keluarga pada masa akan datang.

 

Saifuddin Nasution Ziarah Keluarga Konstabel Muhammad Raimi​

d56ba61095accafbd89ede2cd0a014a76a7c3f6b1c771

c800acf1b11aef3e1356dd953077e63c6a7c43c76db95

00af1682b1fc0b4d7a866111d16819ce6a7c43dfa1a5e

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) menyampaikan pampasan kematian kepada ibu bapa mangsa, Ismarubee Ismail (dua, kiri) dan Nor Azila Zakaria (kiri) semasa menziarahi keluarga anggota polis Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Felda Kerteh 2 hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort, Sabah, pada 6 Ogos lepas.

Saifuddin Nasution tiba di rumah ibu bapa Allahyarham, Ismarubee Ismail, 51, dan Nor Azila  Zakaria, 46, di Felda Kerteh 2, di sini pada 2.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni ahli keluarga berkenaan.

Beliau turut menyampaikan pampasan kematian Skim Takaful Berkelompak Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad berjumlah RM72,500, Tabung Kebajikan PDRM sebanyak RM1,200 serta sumbangan peribadi kepada ahli keluarga Allahyarham.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohd Azhar Hanim, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu ACP Mohd Ashraf  Ali Kutty, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat dan Pengarah Felda Wilayah Terengganu Shahruddin Ab Rahman.

Allahyarham Muhammad Raimi yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan masih bujang mula bertugas di Balai Polis Weston pada 2024.

Selain Muhammad Raimi, kejadian pada 5.50 petang itu turut meragut nyawa dua lagi anggota polis iaitu Koperal Chiu Teck Siong, 40, dan Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29.

 
Back
Top
Log in Register