BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Pegang Tiang Lampu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Remaja Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Pegang Tiang Lampu​

2e8ba62d215ee42a953212f255b25b9e63e47b4c9ec4c


Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang sebatang tiang lampu di Taman Pancaran, Bestari Jaya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor SUPT Azaharudin Tajuddin pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, kira-kira 10.32 malam.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor menerima panggilan, memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang berehat ketika bermain futsal di taman perumahan itu, sebelum memegang tiang lampu yang dipercayai mempunyai arus elektrik hingga menyebabkan dia rebah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azaharudin berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah selain kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR).

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Proses bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian adalah konsisten dengan renjatan elektrik," katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat  berhubung kejadian itu untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, menerusi talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register