Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Beruang panjat tiang tular, mati terkena renjatan elektrik
Tangkapan layar daripada rakaman tular menunjukkan haiwan itu berusaha mengekalkan keseimbangan di atas tiang tersebut. Foto: Agensi
SANTA FE - Gelagat seekor beruang yang memanjat hingga ke puncak tiang utiliti di kawasan luar bandar New Mexico, Amerika Syarikat (AS) menjadi tular selepas rakaman kejadian itu tersebar sebelum ia dilaporkan mati akibat insiden luar biasa tersebut.
Video yang dirakam pada Isnin berhampiran Gladstone, kira-kira 274 kilometer di timur Santa Fe menunjukkan haiwan itu bertenggek dalam keadaan berbahaya dan berusaha mengekalkan keseimbangan di atas tiang tersebut.
Jabatan Dalam Negeri AS berkongsi video itu pada Rabu sambil berseloroh, 'kami menghargai semangat untuk Dominasi Tenaga Amerika, tetapi bukan ini yang kami maksudkan.'
Shannon Mullens yang merakam video itu memberitahu dia bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Red River, New Mexico ke Oklahoma melalui Lebuh Raya 56 apabila terlibat objek besar di atas tiang.
Menurut laporan New York Post, beruang itu terkena renjatan elektrik dan mati sebelum sempat diselamatkan.
Pakar hidupan liar berkata, beruang boleh memanjat tiang utiliti kerana terkejut dengan kehadiran manusia, kenderaan atau anjing. Ia menganggap tiang tersebut seperti pokok ketika cuba melarikan diri daripada bahaya.
Dalam kejadian sama di Arizona pada 2021, pegawai hidupan liar berjaya menyelamatkan seekor beruang yang memanjat tiang utiliti. - Agensi
Beruang panjat tiang tular, mati terkena renjatan elektrik
SANTA FE - Gelagat seekor beruang yang memanjat hingga ke puncak tiang utiliti di kawasan luar bandar New Mexico, Amerika Syarikat (AS) menjadi tular...