BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Warga Emas Maut Terjatuh Dari Bot Di Tasik Kenyir

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Wanita Warga Emas Maut Terjatuh Dari Bot Di Tasik Kenyir​

7628feb2df415ce37a326e72a66690c95e7a1027641f4


Seorang wanita warga emas maut selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat terlanggar tunggul kayu di sekitar Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata mangsa Wan Esah Wan Daud, 63, dari Felda Chiku, Kelantan datang ke Tasik Kenyir untuk bercuti di rumah bot bersama-sama 27 ahli keluarga.

“Pada 11 pagi semalam, mangsa menaiki rumah bot dari Tasik Kenyir menuju ke Taman Negara. Ketika sampai di lokasi kejadian kira-kira 4 petang, mangsa dan tiga ahli keluarga turun dari rumah bot yang diparkir di Gua Bewah untuk bersiar-siar dengan menaiki bot sebelum terlanggar tunggul kayu.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam air dan terperangkap di bawah bot. Mangsa berjaya diselamatkan ahli keluarga lain dan dibawa ke rumah bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata anak lelaki mangsa cuba memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa tidak menunjukkan perkembangan positif.

Mangsa kemudiannya dibawa menaiki bot Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selama sejam sebelum sampai ke daratan Tasik Kenyir.

“Mangsa yang mempunyai sejarah penyakit paru-paru disahkan meninggal dunia akibat lemas dan tiada unsur jenayah dikesan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti rekreasi terutama di kawasan tasik atau sungai,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register