hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Wanita warga emas maut ditetak
IPOH: Tragedi hitam menyelubungi sebuah rumah di Taman Desa Aman apabila seorang wanita warga emas berusia 70 tahun ditemui maut dipercayai akibat ditetak bertubi-tubi, malam tadi.
Menurut beliau, seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan. Polis turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam insiden berdarah itu.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," jelasnya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.